Home / Soalan Lazim / Soalan Lazim Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan

Soalan Lazim Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan

Permit Kerja-kerja Pengorekan Di Dalam Rezab Jalan/Kawasan Lapang Di Dalam Wilayah Persekutuan Labuan

Agensi berkaitan / Pemaju / Kontraktor

Mendapatkan kelulusan berserta permit kerja untuk menjalankan kerja korekan bagi memasang kabel-kabel, paip air, paip pembetungan, paip longkang, bebendul dan lain-lain berkaitan di dalam kawasan rezab jalan/kawasan lapang di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah pihak berkuasa tempatan/Perbadanan Labuan.

Berikut adalah garis panduan kepada pemohon.

  1. Pihak pemohon  mesti  memohon  secara  bertulis  kepada:Ketua  Pegawai  EksekutifPerbadanan Labuan
    Peti Surat No.81245
    87022 W.P. Labuan
  2. Di dalam surat tersebut pihak pemohon mesti mencatitkan butir-butir seperti berikut:
    1. Kerja tersebut sama ada dibuat di atas tempat siarkaki, bahu jalan yangditumbuhi rumput, di atas jalan, merintangi jalan atau di dalam kawasan lapang.
    2. Nama dan alamat kontraktor yang akan melakukan kerja-kerja tersebut.
    3. Tempoh masa kerja tersebut dilakukan.
    4. Lebar dan panjang lubang gali yang akan dibuat.
    5. Kiraan  untuk  mendapatkan  jumlah  wang  cagaran  untuk  membaikpulih  dan membersih kawasan jalan / kemudahan awam / longkang ataupun wang cagaran untuk mambaikpulih permukaan jalan / siarkaki jalan (paved footpath).
    6. Nombor Bank Guarantee, Bank Draft, Cashir’s Order, Money order, Postal order serta jumlah wang cagaran dan pembayaran untuk membaikpulih di dalam rezab jalan untuk dibayar kepada PERBADANAN LABUAN.
  3. Jabatan ini memerlukan tiga (3) salinan pelan tapak yang lengkap untuk memproses kelulusan serta permit.
  4. Pelan yang lengkap adalah pelan yang mengandungi:
    1. Nama jalan laluan kebal atau paip.
    2. Nama jalan sekitar tapak cadangan tersebut.
    3. Menunjukkan skala nombor pelan dan petunjuk.
    4. Menandakan dengan terang cadangan iaitu samada di atas tempat siarkaki jalan (paved footpath), bahu jalan yang ditumbuhi rumput atau merintangi jalan atau kawasan lapang.
    5. Cadangan kerja baru hendaklah ditandakan dengan warna merah.
    6. Tanda-tanda (objek) sediada di atas tanah seperti masjid atau sekolah disekitar tapak cadangan untuk rujukan.
  5. Pihak pemohon  mesti  melampirkan  wang  cagaran  untuk  penyelenggaraan  dan pembersihan  jalan  ataupun  wang  cagaran  untuk  membaikpulih  jalan  /  tempat  siarkaki jalan / kawasan lapang bersama-sama permohonan untuk mendapatkan kelulusan serta permit dalam bentuk  bank gurantee / bank draft / cashir’ s order / money order / postal order.
  6. Kadar wang cagaran untuk penyelenggaraan dan pembersihan jalan adalah RM200.00 per meter panjang.
  7. Untuk kerja-kerja  yang  melibatkan  siarkaki  berjubin  /  Interlocking  footpath  /  kawasan lapang kadar perkiraan wang cagarannya berdasarkan RM200.00 per meter persegi.
  8. Kadar wang  cagaran  untuk  membaikpulih  permukaan  jalan  (berpremix)/siarkaki  jalan adalah  RM200.00 per meter persegi.  Sekiranya  kaedah  ‘mill  and  patch’  digunakan wang cagaran adalah 3 X RM200.00 meter per meter persegi.
  9. Kadar  wamg  cagaran  untuk  kerja  secara  Trenchless  technology  /  HDD  pipe  jacking adalah RM200.00 per meter persegi.
  10. Lebar lubang gali yang diambilkira (Wc) adalah lebar lubang gali yang akan dibuat (Wd) seperti berikut:-
    1. < 3 kaki dalam :  Wc = Wd + 1m
    2. > 3 kaki dalam :  Wc = Wd + 2m
  11. Cagaran minima adalah adalah seperti berikut :
    1. RM5,000.00 bagi setiap permohonan kaedah Trenchless technology /HDD pipe jacking.
    2. RM5,000.00 bagi setiap permohonan kerja korekan bagi pembaikan /bina semula mainhole.
    3. RM2,000.00 bagi permohonan kerja-kerja lain.
  12. 75% wang cagaran akan dikembalikan kepada pemohon, 6 bulan selepas semua kerja pembaikan  siap  dilaksanakan  oleh  pemohon  dan  disahkan  oleh  Perbadanan  Labuan, baki 25% hanya akan dikembalikan 18 bulan kemudian.
  13. Pihak  pemohon  dinasihatkan  supaya  membuat  kerja-kerja  seperti  menanam  / memasang  kabel-kabel  /  paip-paip  air  induk  /  paip-paip  pembetongan  /  paip-paip longkang / bebendul di atas bahu jalan  (road shoulder)  siarkaki jalan. Sekiranya kerjakerja tersebut dicadangkan di atas jalan dan pihak kami mendapati kerja-kerja tersebut boleh dibuat di atas bahu jalan / siarkaki jalan, maka permohonan tersebut akan ditolak.
  14. Surat  permohonan  berserta  dengan  pelan  dan  ‘bank  draft’   hendaklah  diserahkan kepada Perbadanan Labuan.
  15. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
    Jabatan Pembangunan Dan Kejuruteraan
    Perbadanan Labuan
    Peti Surat 81245
    87022, Wilayah Persekutuan Labuan

    atau hadir terus ke,

    Jabatan Pembangunan Dan Kejuruteraan
    Perbadanan Labuan
    Tingkat 7, Menara PL
    Jalan OKK Awg Besar
    87022, Wilayah Persekutuan Labuan

    No. telefon: 087-408695
    No. fax: 087-411997

  16. Format surat permohonan disertakan. Klik disini untuk muaturun.
Kemaskini terakhir 16/02/2021 - 10:19am
Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content