Surat Akuan Terima Aduan akan dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh satu (1) hari bekerja melalui sistem dan disertakan dengan nombor rujukan, nombor telefon serta nama dan alamat pejabat pegawai yang boleh dihubungi.
Setiap aduan yang sahih akan disiasat dan maklum balas atau status aduan akan dimaklumkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sekiranya aduan memerlukan tempoh penyelesaian yang lebih panjang, pengadu akan dimaklumkan mengenai jangka masa maklum balas.
Sekiranya pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan boleh dikemukakan semula dengan menyatakan alasan ketidakpuasan hati. Aduan tersebut akan dikaji semula dan penjelasan baharu akan diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Setiap aduan sahih yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja. Walau bagaimanapun, aduan yang bersifat biasa akan diselesaikan dengan segera manakala aduan yang lebih kompleks mungkin memerlukan tempoh siasatan yang lebih panjang.