Soalan Lazim Jabatan Hal Ehwal Korporat
Antara kategori aduan awam Perbadanan Labuan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut
- Kelewatan atau ketiadaan tindakan;
- Tindakan yang tidak adil;
- Kekurangan kemudahan awam;
- Kelemahan peraturan atau undang-undang serta kepincangan dalam pelaksanaan dasar;
- Salah guna kuasa atau penyelewengan;
- Salahlaku penjawat awam;
- Kegagalan mematuhi prosedur yang ditetapkan;
- Kegagalan penguatkuasaan; dan
- Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Jenis aduan awam di bawah seliaan Perbadanan Labuan yang sering diterima termasuk
- Pengurusan sampah dan kebersihan;
- Masalah longkang dan sistem perparitan;
- Lampu jalan (sila nyatakan nombor tiang);
- Jalan berlubang;
- Penyelenggaraan rumput dan pokok;
- Haiwan Liar;
- Penjaja/Lesen;
- Kaunter PL; dan
- Isu perumahan.
Aduan boleh dikemukakan melalui saluran berikut
- Hadir sendiri ke Kaunter Setempat, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan atau Jabatan Hal Ehwal Korporat, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan;
- Surat-menyurat;
- Emel;
- Laman web atau portal rasmi;
- Media Sosial rasmi Perbadanan Labuan; dan
- Aplikasi WhatsApp (019-787 8665).
Langkah 1:
Layari Laman Web Rasmi Perbadanan Labuan di https://www.pl.gov.my
Langkah 2:
Klik menu “Hubungi”
Langkah 3:
Pilih bahagian Aduan / Maklum Balas dan anda akan dibawa ke pautan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://pl.spab.gov.my
Langkah 4:
Klik menu “Maklum Balas Baharu” dan lengkapkan butiran aduan mengikut arahan yang disediakan.
Pengadu perlu mengemukakan maklumat berikut:
- Nama pengadu;
- Kad Pengenalan Pengadu;
- Nombor telefon;
- Alamat emel;
- Lokasi aduan;
- Butiran aduan; dan
- Gambar berkaitan (jika ada).
- Surat Akuan Terima Aduan akan dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh satu (1) hari bekerja melalui sistem dan disertakan dengan nombor rujukan, nombor telefon serta nama dan alamat pejabat pegawai yang boleh dihubungi.
- Setiap aduan yang sahih akan disiasat dan maklum balas atau status aduan akan dimaklumkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Sekiranya aduan memerlukan tempoh penyelesaian yang lebih panjang, pengadu akan dimaklumkan mengenai jangka masa maklum balas.
- Sekiranya pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan boleh dikemukakan semula dengan menyatakan alasan ketidakpuasan hati. Aduan tersebut akan dikaji semula dan penjelasan baharu akan diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Setiap aduan sahih yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja. Walau bagaimanapun, aduan yang bersifat biasa akan diselesaikan dengan segera manakala aduan yang lebih kompleks mungkin memerlukan tempoh siasatan yang lebih panjang.
Segala urusan aduan dan maklum balas boleh dikemukakan melalui alamat dan saluran berikut:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Perbadanan Labuan
Wisma Blok A Perbadanan Labuan
Peti Surat 81245
87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Talian Utama: 087-408 600
WhatsApp: 019-787 8665
Emel: [email protected]
e-Aduan: https://pl.spab.gov.my