Memastikan kepentingan Perbadanan Labuan sentiasa terpelihara di sisi undang-undang dalam melaksanakan fungsi-fungsinya sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Fungsi
Menggubal dan meminda undang-undang induk dan subsidiari Perbadanan Labuan.
Memberi ulasan dan nasihat perundangan kepada Perbadanan Labuan.
Menguatkuasakan undang-undang induk dan subsidiari sedia ada dan terpakai kepada Perbadanan Labuan.
Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Perbadanan Labuan.
Menyemak dan menyediakan dokumen-dokumen perjanjian (kontrak) yang melibatkan Perbadanan Labuan.
Membuat pemantauan dan kajian terhadap keberkesanan penguatkuasaan Undang-Undang induk dan subsidiari sedia ada dan terpakai kepada Perbadanan Labuan.
Piagam Pelanggan
Pejabat Penasihat Undang-Undang adalah komited untuk memastikan segala fungsi dan kuasa yang diletakhak ke atas Perbadanan Labuan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna selaras dengan peruntukan undang-undang agar objektif dan matlamat Perbadanan Labuan dapat dicapai dengan jayanya.
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Tingkat 4, Menara Perbadanan Labuan
Jalan OKK Awang Besar, Peti Surat 81245
87022 Wilayah Persekutuan Labuan