Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian
This post is also available in: English
Objektif
- Memajukan dan membangunkan industri pelancongan Labuan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan
- Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, beli-belah dan sukan laut sebagai tarikan pelacong.
Fungsi
- Memaju, merangsang, memudah dan mengusahakan pembangunan pelancongan, perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, penyelidikan pelancongan, kajian dan latihan
- Menyedia dan menerbit bahan-bahan promosi pelancongan Labuan
- Membangun, menyelaras, menyusun, dan mengemaskini laman web pelancongan Labuan
- Merancang dan menganjurkan perlbagai aktiviti dan program pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancong ke Labuan
- Menyelia dan mengendali peralatan, kemudahan dan peruntukan pelancongan
- Memperkembangkan seni muzik dan tarian yang berteraskan integrasi nasional
- Memajukan dan mengembangkan budaya tempatan tanpa menghilangkan keasliannya
- Meningkatkan produk tarikan pelancongan di Labuan
- Meningkatkan Kerjasama Wilayah yang berkaitan dengan pelancongan dalam kawasan BIMP-EAGA
Piagam Pelanggan
Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab berikut :
- Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan perkembangan kesenian dan kebudayaan kebangsaan, sukan laut dan aktiviti rekreasi melalui penganjuran acara berkaitan dan memperluaskan penglibatan rakyat semua kaum.
- Memajukan, merangsang, memudah dan mengusahakan industri pelancongan berteraskan kebudayaan, kesenian keindahan alam semulajadi, warisan sejarah, beli-belah dan sukan laut bagi memenuhi citarasa pelancong domestik dan antarabangsa yang pelbagai.
- Menganjurkan kursus, latihan dan seminar dalam bidang pelancongan bagi melahirkan tenaga kerja profesional, karyawan dan penggiat seni yang kreatif serta dapat memberikan mutu perkhidmatan yang tinggi.
- Meningkat dan menambah prasarana dan produk pelancongan dari masa ke masa bagi memenuhi citarasa pelancong tempatan dan antarabangsa.
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan,
Tingkat 1, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan
Talian Pejabat:
087-408740
087-408746
Kemaskini terakhir 18/12/2020 - 07:20pm