Home / Rakyat / UTC Labuan

UTC Labuan

Pusat Transformasi Bandar Wilayah Persekutuan Labuan atau lebih dikenali dengan singkatan UTC (Urban Transformation Centre) mula beroperasi pada tahun 2016 yang telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Februari 2016. Pejabat UTC Labuan terletak di aras bawah dan aras dua bangunan Pasar Sentral Labuan.

Secara umumnya, UTC adalah berkonsepkan penyediaan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti masyarakat di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan swasta.

Pada masa ini, sebanyak sepuluh jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan beroperasi di UTC Labuan yang dibuka setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum) bermula pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Selain itu, terdapat juga pusat penjagaan /Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Kafe UTC. Senarai dan perkhidmatan Agensi Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Swasta yang terdapat di UTC Labuan adalah seperti berikut:

Bil.Jabatan / AgensiPerkhidmatan yang disediakanLokasi Pejabat
1.Polis Diraja MalaysiaMenerima aduan dan laporan berkaitan keselamatan dan sebagainyaAras bawah UTC
2.Klinik 1MalaysiaMenyediakan rawatan pesakit luar, rawatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan ibu mengandung
3.Perbadanan LabuanMenyediakan perkhidmatan kaunter bayaran seperti cukai kadaran, lesen operasi, sewaan premis niaga dan rumah sewa
4.Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK)Menerima aduan awam berhubung kenaikan harga barangan kawalan dan menempatkan alat timbang dan sukat
5.Jabatan Belia dan SukanMenempatkan Y Centre dan menyediakan kemudahan gimnasium dan studio untuk aktiviti kecergasan
6.Mahkamah Anak NegeriMenyediakan khidmat pengurusan hal ehwal berkaitan adat dan hak anak negeri serta pemegang amanah kpd empat (4) kampung air (Kg Patau-Patau Satu dan Kg Patau-Patau Dua , Kg Ranca-Ranca Laut dan Kg Bebuloh Laut)
7.Pusat Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)Menyediakan perkhidmatan urusan agihan zakat dan bantuan yang berkaitan.Aras 2 , UTC
8.Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan (TEKUN) NasionalPengurusan bantuan kewangan berbentuk pinjaman kepada para peniaga di Labuan.
9.Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)Urusan berkaitan bantuan subsidi minyak kepada para nelayan dan sebagainya.
10.Jabatan Pendaftaran MalaysiaMenyediakan perkhidmatan hal-hal berkaitan pendaftaran kelahiran & kematian, pengeluaran & urusan kehilangan kad pengenalan, pendaftaran perkahwinan (bukan muslim), pengesahan dokumen dan sebagainya.
11.Jabatan Imigresen MalaysiaPengeluaran pasport antarabangsa Malaysia dan terhad serta dokumen perjalanan warga asing

Nota: Nombor telefon bagi Kaunter Perkhidmatan UTC WP Labuan ialah 087-451248 / 087-451249.

Kemaskini terakhir 10/08/2020 - 12:58pm