Jabatan Kewangan
This post is also available in: English
Objektif
Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perakaunan kepada PL dan pelanggan PL yang merangkumi:
- Mengakaunkan hasil dan perbelanjaan PL
- Menyelia dan menyediakan bajet tahunan
- Membuat pembayaran ke atas perbelanjaan PL dan pembayaran kepada kontraktor dan pembekal
- Menguruskan pembayaran gaji dan elaun kakitangan
- Menyediakan maklumat dan laporan kewangan
Fungsi
- Mengeluarkan cek-cek bagi membayar semua perbelanjaan PL dan cek-cek tuntutan pelbagai elaun yang dibayar kepada kakitangan.
- Membayar gaji dan elaun-elaun tetap, elaun lebih masa bulanan kepada kakitangan melalui akaun simpanan individu di bank-bank tempatan
- Menerima kutipan pelbagai hasil di kaunter bayaran Wisma PL.
- Memasukkan kutipan hasil ke bank setiap hari.
- Mengawal selia dan menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender
- Menyediakan penyata kewangan bulanan, suku tahunan dan tahunan dan lain-lain maklumat kewangan dan perakaunan untuk pengurusan PL
- Membantu dan member khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada Jabatan-Jabatan di PL
- Menjawab pertanyaan Audit yang berkaitan dengan kewangan dari Jabatan Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan:
- Mengeluarkan cek pembayaran dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan teratur untuk dibayar
- Membayar gaji dan elaun kakitangan tidak lewat daripada 25 haribulan tiap-tiap bulan
- Menyempurnakan rekod hasil dan memasukkan kutipan hasil ke dalam bank setiap hari
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Kewangan,
Tingkat 2, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan
Talian Pejabat:
087-408729
Kemaskini terakhir 18/12/2020 - 07:21pm