Home / Rakyat / Perkhidmatan / Kesihatan / Sijil Kesihatan

Sijil Kesihatan

  1. Unit Kesihatan Perbadanan Labuan memproses permohonan sijil kesihatan yang diterima daripada pengendali premis makanan yang berlesen di W.P labuan. Sijil kesihatan ini adalah untuk pemilik lesen premis, penyedia makanan, pelayan dan lain-lain yang berkaitan dengan pengendali makanan untuk pelanggan.
  2. Borang suntikan diberikan terhadap pengendali makanan dan mereka dinasihati pergi mendapatkan suntikan anti-kepialu di mana-mana klinik swasta
  3. Dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap satu permohonan ialah :
    1. Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon
    2. Satu (1) keping gambar pemohon
    3. Satu salinan lesen perniagaan pemohon atau premis tempat bekerja
  4. Tempoh sah Sijil Kesihatan (pemeriksaan kesihatan) Satu (1) Tahun sekali.
  5. Tempoh sah Suntikan Anti Kepialu ialah Tiga (3) tahun sekali.
  6. Tiada sebarang bayaran atau caj dikenakan untuk perkhidmatan ini (permohonan sijil (kad) kesihatan) tertakluk kepada perubahan-perubahan pada masa hadapan.

 

Pegawai Yang Boleh Dihubungi:

  1. Encik Amir Paduan bin Datu Daniel (087-408641)
  2. Unit Am (087-408666)
Kemaskini terakhir 08/08/2020 - 09:54pm