Home / Info Korporat / Jabatan / Unit / Unit Integriti

Unit Integriti

Pengenalan

Unit Integriti pada asalnya merupakan salah satu daripada fungsi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang menguruskan isu integriti dan tatatertib pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan (PL).

Namun begitu, selaras dengan keputusan kerajaan, Unit Integriti ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dan diletakkan di bawah seliaan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan. Ini bertujuan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di PL.

Unit ini bertanggungjawab memantau pematuhan undang-undang, dasar dan garis panduan berkaitan pengurusan disiplin pegawai dan kakitangan bagi mengukuhkan integriti PL. Di samping itu, Pegawai Unit ini bertanggungjawab menjalankan tindakan risikan dan siasatan terhadap aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai dan kakitangan PL.

Objektif

Meningkatkan integriti warga PL melalui pelaksanaan program-program pengukuhan, pemantauan, pengurusan aduan berkaitan salahlaku/jenayah dan pengurusan tatatertib yang efisien serta mencapai keberhasilan yang optimum.

Fungsi

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di PL;
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di PL;
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di PL serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan di PL;
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan di PL;

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan semua aduan salah laku pegawai dan kakitangan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  2. Menyelesaikan kes tatatertib biasa dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh wujud kes prima facie.
  3. Melaksanakan program pengukuhan integriti sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun.
  4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat PL tiga (3) kali setahun.

Carta Organisasi

Hubungi

Alamat:
Tingkat Bawah, Blok A,
Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245
87022, Wilayah Persekutuan Labuan

Talian Pejabat:
087-418632 (KUI)
087-418633 (PPTK)

Faks:
087-581823

Kemaskini terakhir 03/08/2020 - 10:04am