Fungsi

Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 – Akta Perbadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut:

  1. Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;
  2. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
  3. Memajukan, merangsang dan megusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
  4. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
  5. Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
  6. Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
  7. Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a)(b)(c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  8. Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.
Kemaskini terakhir 06/08/2020 - 02:25pm