Home / Info Korporat / Jabatan / Unit / Jabatan Pengurusan Maklumat

Jabatan Pengurusan Maklumat

Objektif

Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran dan sistem penyampaian pelanggan organisasi melalui penggunaan teknologi maklumat

Fungsi

  • Merancang, mengkaji dan melaksanakan keperluan-keperluan komputerisasi PL dan Bahagian-Bahagian dibawahnya
  • Membangun dan menyelenggara sistem pengkomputeran di PL supaya sentiasa mantap dan terkini
  • Merancang, mengkaji dan melaksana sistem rangkaian komputer di PL supaya dapat digunakan secara optimum
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada pihak pengurusan dan pengguna lain yang sesuai dengan pembaharuan dan teknologi maklumat masa ini
  • Menjalankan kajian penilaian sistem dari segi perkakasan, perisian dan aplikasi dari masa ke masa supaya sistem sentiasa selaras dan sesuai dengan kehendak pengguna
  • Menjalankan proses perolehan daripada penyediaan spesifikasi tender hingga ke pemasangan peralatan dan ujian penerimaan
  • Merupakan Jawatankuasa Teknikal laman web Perbadanan Labuan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:

  • Menyediakan dan menyelanggarakan sistem aplikasi yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dalam tempoh yang dikehendaki mengikut kaedah standard dengan menggunakan teknologi bersesuaian
  • Menyediakan kemudahan peralatan mengikut keperluan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengambilkira teknologi semasa
  • Menentukan peralatan komputer berfungsi secara berterusan dengan memberi khidmat bantuan secepat mungkin melalui Meja Bantuan Help Desk
  • Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat teknikal sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal
  • Memberi kesedaran pendedahan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan teknologi maklumat kepada warga PL

Carta Organisasi

 

Hubungi

Alamat:
Jabatan Pengurusan Maklumat,
Tingkat 3,Blok A, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan

Talian am:
087-408615

Kemaskini terakhir 03/08/2020 - 10:15am