Home / Info Korporat / Jabatan / Unit / Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan

Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan

Objektif

Bertanggungjawab melaksanakan projek pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam yang cekap dan berkesan.

Fungsi

  1. Merancang, merangka, melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dengan cara yang terbaik iaitu rekabentuk memenuhi kehendak, mesra alam dan pengguna, pengurusan projek yang cekap dan effisyen, mematuhi Arahan Kewangan dan kos binaan yang terkawal
  2. Melaksana dan memantau projek-projek pembangunan PL
  3. Menyelenggara kemudahan awam iaitu jalanraya, longkang, perabot jalanraya di kawasan bandar, perumahan dan kawasan kampung agar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan
  4. Menyelenggara kenderaan-kenderaan PL, sistem perkhidmatan mekanikal di taman reakreasi dan sistem perkhidmatan dalam bangunan seperti lif dan sistem penghawa dingin agar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan
  5. Menyelenggara kemudahan lampu jalan dan lampu hiasan di Labuan kecuali di jalan persekutuan agar sentiasa menyala, menarik dan mewujudkan suasana ceria
  6. Menyelenggara bangunan milik PL dan kemudahan awam
  7. Memberi ulasan pelan bangunan, pelan infrastruktur, pelan struktur, pelan kerja tanah serta pelan mekanikal dan elektrikal

Piagam Pelanggan

  • Membuat siasatan ke atas semua aduan awam yang lengkap dalam tempoh 3 hari dan mengambil tindakan susulan serta merta jika perlu berhubunung kerosakan bangunan, jalanraya, longkang, kawasan dan taman rekreasi, sistem jaringan lampu jalan awam serta kemudahan awam yang lain di bawah bidang kuasa PL
  • Membuat penilaian dan ke atas semua tender dan sebutharga dalam tempoh 2 minggu.
  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia (RMK) disiapkan dalam tempoh 5 tahun.
  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek kecil disiapkan dalam tempoh 1 tahun.

Pengurusan Projek

  1. Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:
    • Kos Projek RM500 ribu ke bawah : 15 bulan
    • Kos Projek RM500 ribu – RM5 juta ke atas : 24 bulan
    • Kos Projek 5 juta : 36 bulan

Selenggara Aset

  1. Jalan
    • Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima.
    • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
    • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
  2. Bangunan
    • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan dan utiliti bangunan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari
    • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan
    • Penyelenggaraan sistem penghawa dingin – 7 hari.

Mekanikal

  1. Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal – 3 hari
  2. Kerja pembaikan besar (major ovehaul) kenderaan – 4 bulan
  3. Kerja pembaikan kecil kenderaan – 1 bulan
  4. Penyelenggaraan chiller – 1 tahun
  5. Penyelenggaraan lif – 3 hari
  6. Penyelenggaraan Janakuasa – 2 hari
  7. Penyelenggaraan kolam pancutan air – 7 hari
  8. Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran – 5 hari

Elektrikal

  1. Kerosakan biasa – 1 hari
  2. Kerosakan yang rumit – 7 hari
  3. Kerosakan lampu jalan raya – 3 hari

Pengurusan

  1. Pengurusan aduan di bawah tanggungjawab PL akan dilaksanakan dalam tempoh seperti berikut:
    • Akuan penerimaan aduan – 1 hari
    • Maklumbalas terhadap aduan – 7 hari
    • Penutupan aduan – 2 bulan
  2. Pengurusan aduan bukan di bawah tanggungjawab PL No Wrong Door Policy akan dilaksanakan dalam tempoh seperti berikut:
    • Akuan penerimaan aduan – 1 hari
    • Pemanjangan kepada agensi berkaitan – 3 hari

Carta Organisasi

Hubungi

Alamat:
Jabatan Pembangunan & Kejuruteraan
Tingkat 6 & 7, Menara Perbadanan Labuan
Jalan Okk Awang Besar, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan

Talian Pejabat:
Tel: 087-408649

Faks:
087-411997

Kemaskini terakhir 03/08/2020 - 10:43am