Sampah kasar adalah sisa binaan, sisa kebun, perabot, sisa industri (tidak termasuk sisa berjadual) dan sebagainya. Sisa ini tidak dikutip oleh lori kompaktor PL. Orang awam perlu melupuskan sampah kasar ke tapak pelupusan PL.
Buat masa ini pihak pengurusan Perbadanan Labuan masih belum mengenakan sebarang caj kepada pihak luar. Walau bagaimanapun, Jabatan akan memantau dan menapis jenis sampah yang boleh dilupuskan ditapak pelupusan tersebut.
Ya, Perbadanan Labuan menyediakan perkhidmatan penyewaan peralatan logistik. Permohonan penyewaan adalah tertakluk kepada syarat dan harga yang telah ditetapkan.