Langkah 3: Klik bahagian Aduan / Maklumbalas dan anda akan terus masuk ke pautan sispaa di https://pl.spab.gov.my
Langkah 4: Klik menu “Maklum balas baharu” dan daftar butiran aduan mengikut arahan yang diberi
Langkah memproses aduan awam oleh pihak Perbadanan Labuan
Surat Akuan Terima aduan akan dikeluarkan serta merta atau dihantar dalam tempoh 1 hari bekerja dengan disertakan nombor rujukan, nombor telefon, dan nama serta alamat pejabat pegawai yang boleh dirujuk.
Segala aduan yang sahih akan disiasat dan akan diberi maklum balas atau jawapan mengenai status aduan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya aduan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan, pihak pengadu akan dihubungi dan dimaklumkan bila maklum balas akan diberikan.
Jika pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan bole dikemukan semula dengan menyatakan sebab-sebab tidak puas hati. Aduan akan dikaji semula serta penjelasan baru akan diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Proses siasatan aduan
Setiap aduan sahih yang dikemukakan mesti diselesai dalam tempoh masa 2 bulan.
Bagaimanapun jika aduan adalah mudah maka ia akan segera diselesaikan sebaliknya jika aduan adalah rumit tempoh siasatan lebih lama diperlukan.
Segala urusan mengemukakan aduan boleh dibuat menggunakan alamat, nombor telefon,e-mel atau Klik Borang Aduan dalam laman web yang disediakan seperti berikut:-
Jabatan Hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan Menara Perbadanan Labuan Peti Surat 81245 87022 W.P. LABUAN