Jabatan Pelesenan
This post is also available in: English
Objektif
- Mengkaji, menyedia, mencadang dan melaksana dasar-dasar / garis panduan pelesenan perniagaan WP Labuan.
- Mengurus, mengawal dan mengeluar lesen perniagaan, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan sebagainya.
- Mengawal dan memastikan perkembangan aktiviti perniagaan yang sihat dan memperbaiki sistem penyampaian sektor pelesenan secara berterusan.
- Menguatkuasakan undang-undang dan syarat-syarat pelesenan.
- Sekretariat kepada Lembaga Pelesenan W. P. Labuan (Akta Eksais 1976)
- Mengurus dan menyelia lot-lot dan gerai-gerai perniagaan dan peniaga/ penjaja kecil.
Fungsi
Melaksanakan dan menguruskan permohonan lesen perniagaan serta mengawal selia aktiviti-aktiviti perniagaan berdasarkan kepada peraturan-peraturan seperti berikut:
- Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah Cap)
- Akta Hiburan WPKL (1992) [493]
- Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
- Akta Eksais 1976
- Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984
- Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPL) 2016
- Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPL) 2016
- Undang-undang Kecil Pelesenan Pasar (WPL) 2016
- Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPL) 2016
- Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Labuan (Pengurusan Sekerap) 1968
- Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Labuan (Hotel dan Rumah Penginapan)1968
- Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Labuan (Iklan) 1992
Piagam Pelanggan
- Memproses dan memberi keputusan mengenai permohonan lesen perniagaan (tidak berisiko) dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Memproses dan memberi keputusan mengenai permohonan lesen perniagaan (berisiko)dalam tempoh 21 hari bekerja.
- Memproses dan memberi keputusan mengenai permohonan baru lesen penjaja dalam tempoh 5 hari bekerja.
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Pelesenan
Perbadanan Labuan
Tingkat Bawah, Wisma PL Blok B
87022 W. P. Labuan.
Talian Pejabat:
087-452821 / 822 / 823
Kemaskini terakhir 18/12/2020 - 07:20pm