Home / Soalan Lazim / Perancangan dan Kawalan Bangunan

Perancangan dan Kawalan Bangunan

PENGEMUKAAN PERMOHONAN

  • Kebenaran Merancang & Pelan landskap
  • Pelan Bangunan
  • Pelan Kejuruteraan yang merangkumi Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan
  • Sijil Layak Menduduki Bangunan
  • Pelan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Tukar Syarat Tanah
  • Permohonan Tukar Syarat Tanah
  • Ulasan Lesen Perniagaan
  1. Pelan Kebenaran Merancang & Pelan Lanskap
    • Jururancang Bandar yang bertauliah
    • Arkitek / Arkitek Landskap Bertauliah
  2. Pelan Pecah Sempadan dan Pecah Bahagian / Tukar Syarat
    • Juruukur Tanah Berlesen (bagi pelan cadangan melibatkan cantuman dan pecahan lot tanah)
  3. Pelan Bangunan
    • Arkitek bertauliah
  4. Pelan Kejuruteraan
    • Jurutera bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti Pelan Struktur, Struktur Telekomunikasi & Pelan Kerja Tanah, Pelan Perparitan
  • Permohonan boleh dikemukakan di alamat seperti berikut:
  •   Wisma Perbadanan Labuan Unit Pusat Setempat (OSC ) Jabatan Perancangan dan Kawalan bangunan Blok B Tingkat 1, 87022 WP LABUAN Telefon : 087-426697 Faks : 087-417862 Waktu berurusan : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

    Berdasarkan kepada Seksyen 19 Akta 172, tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa – apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberi kepadanya di bawah Seksyen 22 ATAU dilanjutkan di bawah seksyen 24(3).

     

    Berdasarkan kepada seksyen 19(2), kebenaran merancang tidak perlu bagi pemajuan seperti di bawah:

     

    1. menjalankan apa – apa kerja perlu bagi penyenggaraan, pembaikan, atau apa – apa perubahan lain bagi sesuatu bangunan, iaitu kerja – kerja yang menyentuh hanya bahagian dalam bangunan itu
    2. kerja – kerja yang tidak melibatkan apa – apa perubahan tentang penggunaan bangunan itu atau tanah yang kepadanya bangunan itu bercantum
    • tidak menyentuh secara matan rupa di sebelah luar bangunan itu
    1. tidak melibatkan apa – apa tambahan pada tingginya atau luas lantai bangunan
    2. tidak melibatkan apa – apa tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh susunan parit, kebersihan, atau keteguhannya
    3. tidak melanggar atau terlibat dalam atau mengakibatkan ketidaksesuaian dengan mana – mana peruntukan dalam rancangan tempatan.

    Ya bagi melancarkan urusan permohonan lesen perniagaan pemohon perlu merujuk jabatan ini untuk mendapatkan ulasan perancangan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan lesen perniagaan di Jabatan Pelesenan Perbadanan Labuan.

    Pemohon perlu mengemukakan surat pertanyaan perancangan yang mengandungi maklumat lengkap mengenai tujuan surat, lokasi, jenis kerja – kerja penambabaikan yang ingin dilaksanakan dan tempoh masa bagi kerja tersebut dilaksanakan. Jabatan ini akan mengadakan lawatan pemeriksaan premis sebelum surat ulasan dikeluarkan kepada pemohon untuk melaksanakan tindakan selanjutnya.

    En. Tazrudin bin Henarin (087-408761)

    Pn. Mazlina bt. Othman (087-426697)

    PENGUATKUASAAN PERANCANGAN

    Menukar kegunaan tanah/bangunan tanpa kelulusan perancangan.

    Mendirikan struktur tanpa kelulusan perancangan.

    Meneruskan aktiviti yang telah tamat tempoh kelulusan perancangan.

    Menjalankan pembangunan yang bercanggah dengan syarat-syarat kelulusan perancangan.

    Sebelum melaksanakan tindakan penguatkuasaan perancangan satu notis akan disampaikan terlebih dahulu kepada pelaku bagi memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan dan pelaku perlu memberikan maklumbalas/ mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

     

    PL mempunyai kuasa di bawah Akta 172 berdasarkan kesalahan yang dilakukan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pelaku yang ingkar dan tidak mematuhi notis yang dikemukakan kepada mereka.

    Kemaskini terakhir 06/09/2021 - 11:05am