Home / Corporate Info / Management / Perutusan KPE

Perutusan KPE

This post is also available in: English

banner_amanat

Amanat Daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan 

Bismillahhirahmannirrahim
Assalammualaikum wrt. dan Salam Sejahtera

Seluruh Malaysia sedang mengamalkan norma baharu disebabkan pandemik Covid-19 dan Labuan juga menjalankan peranannya seiring dengan saranan Kerajaan. Kedai-kedai dan premis-premis di seluruh Labuan telah dipastikan untuk mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) bagi melindungi komuniti serta mengelakkan Covid-19 merebak dalam kalangan komuniti. Perbadanan Labuan (PL) sebagai pihak berkuasa tempatan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada warga tempatan yang terkesan semasa masa yang mencabar ini. PL telah menyampaikan bantuan kepada warga Labuan dengan mengikuti polisi Kementerian: Inisiatif Wilayah Cakna. Antara sumbangan yang telah dilaksanakan secara berperingkat adalah seperti sumbangan kit-kit makanan, pengecualian sewa premis bagi penjaja, bantuan wang tunai one-off kepada komuniti dan penerima yang layak, melaksanakan pembasmian kuman di premis-premis awam yang kerap, pemberian diskaun bagi sewaan bangunan dan parkir, seterusnya pemberian baucar one-off Kembali ke Sekolah.

Sukacita saya maklumkan mengenai satu tarikan baru di Labuan di mana sebuah poster gergasi telah ditempatkan di Hotel Labuan sebagai satu inisiatif untuk mengindahkan pulau ini. Poster tersebut diletakkan untuk menghidupkan lagi Pulau Labuan sebagai satu tempat swafoto bagi merancakkan lagi pelancongan tempatan khususnya. Sepertimana warga Labuan maklum, Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan ke Labuan sepanjang tahun ini telah menunjukkan potensi yang baik bagi menggalakkan sektor pelancongan tempatan dan merangsang ekonomi di pulau ini.

Dalam proses pemulihan ini, PL juga turut memberi fokus kepada pembangunan sektor pelancongan khususnya. Pelbagai infrastruktur di dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2020 dengan bantuan dana daripada pelbagai Kementerian merupakan sebahagian daripada strategi. Terdapat juga beberapa kawasan pelacongan yang telah dikenalpasti untuk aktiviti pelancongan dibangunkan seperti Paya Bakau di Kinabenua, Batu Layar-Layar, aktiviti penternakan ikan di laut dan lain-lain lagi. 

Selain daripada itu, suka saya ingatkan bahawa Malaysia sedang giat menyempurnakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang amat penting bagi menentukan polisi ekonomi di negara ini. Oleh itu, saya menyeru agar warga pulau ini untuk menyertai program bancian ke-6 yang telah dilaksanakan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Akhir kata, kita semua haruslah teguh bersama-sama mengharungi masa yang mencabar ini dan semoga kita semua terhindar daripada wabak Covid-19 ini. Diharapkan juga ekonomi setempat dan negara semakin rancak dengan pelbagai perancangan yang dilaksanakan pada masa terdekat ini.

Terima kasih & Salam Hormat,
Dr. Fary Akmal Osman
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Labuan

Kenangan Manis Tahun 2020

Program dan Aktiviti PL 2020

Kemaskini terakhir 28/12/2020 - 09:25am