Home / Info Korporat / Perundangan / Penguatkuasaan Undang-Undang

Penguatkuasaan Undang-Undang

  • 1.    PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
  • Jabatan Penguatkuasa adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tindakan-tindakan penguatkuasaan undang-undang yang diserahkan kepada Perbadanan Labuan. Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah melalui kaedah mengeluarkan notis amaran, mengkompaun kesalahan, kunci roda kenderaan, mengalih (tunda) kenderaan, peralatan, barang atau bahan sitaan, menutup premis perniagaan dan menjalankan kertas siasatan untuk proses pendakwaan di Mahkamah.
  • Kesemua tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mendidik/mendisiplinkan seluruh warga W.P. Labuan khususnya agar mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PL yang menjalankan fungsi Kerajaan Tempatan di W.P. Labuan.

 

2.    KOMPAUN

2.1. NOTIS TAWARAN KOMPAUN (PERINGKAT PERTAMA)

  • Bayaran kompaun adalah mengikut jadual yang ditetapkan (dari tarikh notis tawaran dikeluarkan) dan tiada pengurangan ke atas kompaun yang dikeluarkan dengan operasi.
BilJUMLAH HARIJUMLAH BAYARAN (RM)
11 hari hingga 14 hariRM15.00
215 hari hingga 30 hariRM30.00
331 hari hingga 60 hariRM50.00
461 hari hingga 90 hariRM80.00
591 hari ke atasRM100.00
 
  • Notis tawaran kompaun adalah notis yang dikeluarkan terhadap individu, syarikat, perniagaan/pertubuhan yang didapati telah melakukan suatu kesalahan dibawah undang-undang yang diserahkan hak kepada Perbadanan Labuan.
  • Bayaran kompaun (peringkat pertama) boleh dijelaskan di Kaunter Jabatan Penguatkuasa Tingkat 5 Menara PL, Kaunter Sepusat UTC Pasar Sentral atau Kaunter Setempat Wisma PL.

2.2 NOTIS PERINGATAN PEMBAYARAN KOMPAUN (PERINGKAT KEDUA)

 

  • Notis peringatan pembayaran kompaun berwarna kuning dikeluarkan jika pembayaran tidak diterima dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tawaran kompaun dikeluarkan.

2.3 NOTIS PERINGATAN TINDAKAN MAHKAMAH (PERINGKAT KETIGA)

  • Notis peringatan mahkamah berwarna merah akan dikeluarkan pembayaran tidak diterima dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tawaran kompaun dikeluarkan.

2.4 TINDAKAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH (PERINGKAT AKHIR)

  • Proses menyediakan kertas siasatan untuk mendapatkan izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara akan dimulakan jika tawaran kompaun tidak dijelaskan dalam tempoh Sembilan puluh satu (91) hari dari tarikh tawaran kompaun dikeluarkan.

3.    KESALAHAN YANG MENYEBABKAN TINDAKAN KUNCI RODA DAN ALIH (KENDERAAN/ PERALATAN)

  • Menghalang laluan atau lot tempat letak kereta;
  • Meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan;
  • Meninggalkan kenderaan di lot parkir melebihi dua (2) hari tanpa kupon;
  • Meletak kenderaan di lot letak motosikal;
  • Meletakkan motosikal di lot letak kereta;
  • Meletakkan kenderaan, motosikal atau peralatan di siar kaki awam; atau
  • Meletakkn kenderaan buruk atau apa-apa bahagiannya di tempat awam.

4.    CAJ BUKA KUNCI ATAU TUNDA DAN DEPOH SITAAN

 
 
BILKESALAHAN DI BAWAH PERUNTUKAN
A) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA B133) ATAU 1961 (Sabah No. 11 Tahun 1961) Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Labuan (Mencegah Kekotoran) 1992
Caj PengalihanCaj Penyimpanan (Kadar Harian)
1.AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) ATAU ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 (Sabah No. 11 Tahun 1961) UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN LABUAN (MENCEGAH KEKOTORAN PERKARA 6(1)(c)
(Meletakkan barang melebihi masa yang diperlukan untuk memungah/ memuatkan barang dagangan)
RM50.00RM10.00
2.AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) ATAU ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 (Sabah No. 11 Tahun 1961) UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN LABUAN (MENCEGAH KEKOTORAN PERKARA (6)(d)
(Meletakkan barang/ benda berkaitan dengan perdangangan)
RM300.00
Kerja menggunakan jentera forklift dan lori kren (berat barang tidak melebihi 10 tan)

RM500.00
Kerja menggunakan jentera kren dan lori panjang (berat melebihi 10 tan)
RM20.00 (Ukuran barang tidakj lebih dari 10’ x 10’)

RM25.00 (Ukuran barang tidak lebih dari 10’ x 20’)

RM30.00
(Ukuran barang lebih 10’ x 20’)
3.AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) SEKSYEN 46(1)(e)
(Kayu kayan, besi sekarap, kereta buruk)
RM200.00RM20.00
4.AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (AKTA 133) SEKSYEN 46(1)(f)
(Sampah kebun, sampah dapur, sampah perniagaan)
RM200.00TIADA
5.AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (AKTA 133) SEKSYEN 46(1)(g) ATAU ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 (Sabah No. 11 Tahun 1961) UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN LABUAN (MENCEGAH KEKOTORAN) PERKARA 6(1)(e)
(kereta/ motosikal yang diletakkan di siar kaki)
RM200.00
(Kereta/ Van)

RM70.00 (Motosikal)

RM20.00
(Kereta/ Van)

RM10.00 (Motosikal)
 

5.    DEPOH SITAAN

 
Kesemua kenderaan atau peralatan atau barang yang dikenakan tindakan alih/ sita akan disimpan di depoh sitaan Jabatan Penguatkuasaan yang terletak di Jalan Haji Ismail, WP Labuan.

 

Kemaskini terakhir 18/12/2020 - 07:28pm
Info Korporat - Siaran Media Permohonan Lesen Baharu Pemberi Pinjam Wang Corporate Info - Media Broadcast Perutusan KPE Penafian Perolehan - Tender Sebutharga Suara Anda GAMMA.my
Borang Maklum Balas
Borang Maklum Balas
Skip to content