Information Management Department
Objektif
Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera pentadbiran dan sistem penyampaian pelanggan organisasi melalui penggunaan teknologi maklumat
Fungsi
- Merancang, mengkaji dan melaksanakan keperluan-keperluan komputerisasi PL dan Bahagian-Bahagian dibawahnya
- Membangun dan menyelenggara sistem pengkomputeran di PL supaya sentiasa mantap dan terkini
- Merancang, mengkaji dan melaksana sistem rangkaian komputer di PL supaya dapat digunakan secara optimum
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada pihak pengurusan dan pengguna lain yang sesuai dengan pembaharuan dan teknologi maklumat masa ini
- Menjalankan kajian penilaian sistem dari segi perkakasan, perisian dan aplikasi dari masa ke masa supaya sistem sentiasa selaras dan sesuai dengan kehendak pengguna
- Menjalankan proses perolehan daripada penyediaan spesifikasi tender hingga ke pemasangan peralatan dan ujian penerimaan
- Merupakan Jawatankuasa Teknikal laman web Perbadanan Labuan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji:
- Menyediakan dan menyelanggarakan sistem aplikasi yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dalam tempoh yang dikehendaki mengikut kaedah standard dengan menggunakan teknologi bersesuaian
- Menyediakan kemudahan peralatan mengikut keperluan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengambilkira teknologi semasa
- Menentukan peralatan komputer berfungsi secara berterusan dengan memberi khidmat bantuan secepat mungkin melalui Meja Bantuan Help Desk
- Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat teknikal sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal
- Memberi kesedaran pendedahan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan teknologi maklumat kepada warga PL
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Pengurusan Maklumat,
Tingkat 3,Blok A, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan
Talian am:
087-408615
Kemaskini terakhir 17/03/2021 - 11:04am