Mengadakan Perkhidmatan Perpustakaan Yang Berkualiti Dalam Mewujudkan Masyarakat Yang Berilmu Melalui:
Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang
Penyediaan Kemudahan Yang Sempurna Mengikut Keperluan
Mewujudkan Koleksi Yang Berkualiti dan Terkini
Mengadakan Program Galakguna Perpustakaan Secara Berkesan
Mengadakan Sistem Maklumat Terkini Bersesuaian dengan Kemampuan
Fungsi
Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan
Merancang dalam pengurusan pembinaan koleksi perpustakaan.
Mengurus dan menyelaraskan aktiviti pemilihan, pembelian koleksi perpustakaan
Mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan bacaan perpustakaan
Merekod bahan bacaaan perpustakaan
Merancang dan mengurus pendaftaran ahli, pinjaman buku, pemulangan buku dan petugas kaunter
Merancang dan melaksana program perpustakaan
Merancang dan menyediakan perkhidmatan multimedia perpustakaan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji:
Proses permohonan keahlian perpustakaan dalam tempoh 5 minit
Mendapatkan pinjaman buku dalam tempoh 5 minit
Proses pemulangan buku dalam tempoh 5 minit
Waktu Operasi
Hari
Masa
Selasa-Khamis
8:30 pagi – 5:00 petang
Jumaat
8:30 pagi – 11:30 pagi
2:00 petang – 5:00 petang
Sabtu
8:30 pagi – 2:00 petang
Ahad, Isnin & Cuti Umum
TUTUP
Keahlian Perpustakaan
Kategori
Syarat-Syarat
Kanak-Kanak
Berumur 12 tahun ke bawah
Yuran Keahlian RM2.00
Salinan Sijil Lahir/MyKid/Kad Pengenalan
Remaja
Berumur 13-18 tahun
Yuran Keahlian RM4.00
Salinan Kad Pengenalan
Dewasa
Berumur 19 tahun ke atas
Yuran Keahlian RM6.00
Salinan Kad Pengenalan
Warga Emas/ OKU
Yuran Keahlian adalah Percuma
Salinan Sijil Lahir/MyKID/ Kad OKU
Yuran keahlian sah untuk tempoh 2 tahun sahaja. Pinjaman: 3 naskah buku untuk tempoh pinjaman 3 minggu
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat: Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan, Tingkat Bawah, 1, 2, 3, Menara Perbadanan Labuan Jalan Okk Awang Besar, Peti Surat 81245, 87022, WP Labuan
Talian Pejabat:
Nombor Telefon Kaunter Sepusat : 087-581 821
Nombor Telefon Kaunter Multimedia : 087-581 826
Nombor Telefon Pejabat Utama : 087-408 662/ 408 599