Jabatan Khidmat Pengurusan
This post is also available in: Melayu
Objektif
Membantu organisasi mencapai matlamat dalam menjadikan W.P. Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) dan destinasi pelancongan yang bersih, indah dan berdaya-saing melalui
- Penyediaan kakitangan yang berpengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
- Pemupukan semangat kerjasama dan akauntabiliti di kalangan warga Perbadanan Labuan.
- Penyediaan persekitaran kerja yang ceria dan selesa.
- Penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.
Fungsi
- Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kebajikan kakitangan Perbadanan Labuan.
- Mengurus hal-hal perjawatan, pengkhususan tanggungjawab serta program latihan kakitangan.
- Mengawalselia keselamatan pejabat serta keselamatan rekod / fail Perbadanan Labuan.
- Bertanggungjawab mengawal dan merancang perbelanjaan mengurus Perbadanan Labuan.
- Mengendalikan rekod-rekod inventori pejabat dan harta-harta modal Perbadanan Labuan.
- Bertanggungjawab sebagai urusetia Mesyuarat Lembaga Pengarah.
Piagam Pelanggan
- Memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada pelanggan ketika berurusan.
- Memproses pinjaman kenderaan / komputer dalam masa 14 hari dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
- Memproses dan merekod segala urusan cuti kakitangan dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
- Memproses dan merekod permohonan peralatan pejabat dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
- Menyelaras dan memproses urusan tempahan tiket penerbangan bagi pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan urusan rasmi dengan serta merta.
- Menyelaras permohonan penggunaan kenderaan-kenderaan rasmi Perbadanan Labuan dalam masa 1 hari.
- Menyelenggara dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan rasmi Perbadanan Labuan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali.
Carta Organisasi
Hubungi
Alamat:
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Tingkat 1, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan
Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022, WP Labuan
Talian Pejabat:
087-408635
087-408696
Kemaskini terakhir 03/12/2020 - 06:46am