
Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Perbadanan Labuan (PL) akan beralih ke arah digitalisasi sepenuhnya bagi urusan perolehan melalui penggunaan Sistem SPEED.
Sebagai pengenalan sistem dan pendedahan awal kepada pembekal, siri taklimat Sistem SPEEDPL dan proses Pendaftaran Pembekal akan diadakan secara hibrid seperti ketetapan berikut: (Pembekal digalakkan menyertai sesi taklimat ini)
- Sesi 1: 9 Jun 2026 (Selasa) | 9:00 AM – 12:00 PM
- Sesi 2: 10 Jun 2026 (Rabu) | 8:30 AM – 11:30 AM
Lokasi & Platform:
- Bersemuka (Fizikal): Bilik Cemerlang, Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, Blok A. (TERHAD kepada 50 syarikat terawal sahaja!)
ATAU
- Atas Talian (Online): Pautan Microsoft Teams akan dihantar melalui e-mel selepas pendaftaran dibuat.
Objektif Program:
- Memperkenalkan ekosistem Sistem SPEED kepada pembekal PL.
- Panduan langkah demi langkah pendaftaran dan penggunaan sistem.
- Penerangan modul Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender bagi memudahkan penyertaan pembekal
Daftar sekarang: Link : https://forms.gle/8XFZ4jBFmMCfLdxr6