Home / Pengumuman / 10 Julai 2020 – Kenyataan Tawaran Terma Rujukan Pajakan Tanahmilik Perbadanan Labuan Wilayah Persekutuan Labuan

10 Julai 2020 – Kenyataan Tawaran Terma Rujukan Pajakan Tanahmilik Perbadanan Labuan Wilayah Persekutuan Labuan

10 Julai 2020 – Kenyataan Tawaran Terma Rujukan Pajakan Tanahmilik Perbadanan Labuan Wilayah Persekutuan Labuan

Perbadanan Labuan mempelawa dan menjemput syarikat-syarikat swasta yang berlesen atau pemaju hartanah yang berminat untuk memajak lot tanahmilik Perbadanan Labuan seperti berikut;-

Bil
Lot Tanah
Aktiviti/Keterangan
1.Lot31228 PN11616, Kg. Sg. Bedaun, WP LabuanUntuk tujuan pertanian
2.Lot6633 & Lot 6634, Jalan Dewan, WP LabuanUntuk pembangunan komersial / hotel dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan
3.Lot30356 PN11193, Jalan Merdeka, WP LabuanUntuk pembangunan hotel 4/5 bintang, pusat komersial dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan.
4.Lot7761 PN5518, Jalan Merdeka, WP LabuanUntuk pembangunan komersial / hotel / tempat letak kereta dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan

Syarikat-syarikat yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan dan terma rujukan dari Unit Pelaburan, Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Borang ini akan dibuka mulai 10 JULAI 2020 sehingga 09 OGOS 2020. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan serta cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Perbadanan Labuan SEBELUM JAM 4.00 PETANG di JABATAN PENILAIAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA, TINGKAT 2, BLOK B, WISMA PERBADANAN LABUAN. Perbadanan Labuan tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Cik Shafika Azlin di talian 087-408672 / [email protected] atau Pn. Sabrinah di talian 087-408624 / 629.