mel E-mail  

Piagam Pelanggan


Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan mesra serta melaksanakan program pembangunan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan negara.

  1. Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter /  menggunakan telefon menunggu tidak melebihi tempoh lima (5) minit serta menerima layanan yang berkualiti dan berbudi bahasa.
  2. Memaklumkan keputusan permohonan penggunaan kemudahan awam yang diterima secara bertulis / surat, mengikut syarat-syarat biasa dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.
  3. Menjamin segala aduan yang diterima akan disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan menyediakan maklumbalas kepada pengadu dan pengurusan atasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  4. Memberikan respon perkhidmatan MySMS PL Aduan 15888 dalam tempoh 24jam (1 hari), menjamin segala aduan yang diterima akan disiasat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan menyediakan maklumbalas kepada pengadu dan pengurusan atasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Membuat pembayaran dalam masa 14 hari dari tarikh dokumen lengkap dan teratur untuk dibayar.
  6. Memastikan pelanggan mendapat keputusan permohonan bagi penyewaan Anjung Budaya dalam tempoh satu (1) hari.
  7. Memastikan pelanggan mendapat keputusan permohonan bagi tempahan persembahan dalam tempoh satu (1) hari.
  8. Memproses dan memberi keputusan mengenai permohonan baharu lesen perniagaan, pertukaran maklumat dan permohonan lesen penjaja dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja manakala pembaharuan lesen perniagaan dalam tempoh satu (1) hari.
  9. Memproses permohonan keahlian Perpustakaan Awam Labuan dalam tempoh tidak melebihi 5 minit dan memproses peminjaman dan pemulangan buku dalam tempoh tidak melebihi 3 minit.