mel E-mail  

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

tuan azhar

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan peranan dan tanggungjawab kita pada tahun 2017. Dunia perkhidmatan awam semakin mencabar sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Masyarakat awam pada masa kini lebih terbuka menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui media sosial.

Selain kos yang murah dan cepat, media sosial juga mendapat pilihan kerana sangat efisien untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Media sosial yang sangat popular seperti facebook, twitter, blog dan youtube merupakan antara saluran yang menjadi pilihan ramai. Sehubungan itu, kita perlu cekap mengendalikan teknologi maklumat masa kini dan seterusnya Perbadanan Labuan(PL) juga wajar menggunakan media sosial untuk menyalurkan informasi kepada masyarakat.

Sejajar dengan visi, misi dan objektif PL, budaya teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penjawat awam kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan karenah birokrasi, memendekkan masa urusan, meringkas dan mempercepatkan proses kerja dan dapat menyediakan perkhidmatan melalui atas talian atau ringkasnya perkhidmatan dilaksanakan dihujung jari pelanggan.

Dengan adanya laman sesawang PL, pelbagai maklumat dapat disalurkan dan perkhidmatan kepada pelanggan PL dapat diakses dengan mudah. Saya berharap para pelanggan dapat memberikan pandangan dan cadangan bagi menambah baik laman sesawang PL dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai pelbagai aspek yang berkaitan dengan PL. Akhir kata, saya berharap agar warga PL akan terus saling bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan  tanggungjawab yang diamanahkan.

Terima kasih dan Selamat Melayari Laman Sesawang Perbadanan Labuan.

YBrs. Tuan Azhar bin Ahmad