mel E-mail  
 
  1. Unit Kesihatan Perbadanan Labuan memperoses permohonan sijil kesihatan yang diterima daripada pengendali premis makanan yang berlesen di W.P labuan. Sijil kesihatan ini adalah untuk pemilik lesen premis, penyedia makanan, pelayan dan lain-lain yang berkaitan dengan pengendali makanan untuk pelanggan.

  2. Borang suntikan diberikan terhadap pengendali makanan dan mereka dinasihati pergi mendapatkan suntikan anti-kepialu di Jabatan pesakit luar, Jabatan Kesihatan Negeri W.P Labuan.

  3. Setiap satu permohonan sijil kesihatan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) minit.

  4. Dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap satu permohonan ialah :

    • Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon
    • Dua (2) keping gambar pemohon
    • Satu salinan lesen perniagaan pemohon atau premis tempat bekerja
  5. Tempoh sah Sijil Kesihatan (pemeriksaan kesihatan) Satu (1) Tahun sekali.

  6. Tempoh sah Suntikan Anti Kepialu ialah Tiga (3) tahun sekali.

  7. Tiada sebarang bayaran atau caj dikenakan untuk perkhidmatan ini (permohonan sijil (kad) kesihatan) tertakluk kepada perubahan-perubahan pada masa hadapan.