mel E-mail  

utc labuan

 

Pusat Transformasi Bandar Labuan

Pusat Transformasi Bandar Wilayah Persekutuan Labuan atau lebih dikenali dengan singkatan UTC (Urban Transformation Centre) mula beroperasi pada tahun 2016 yang telah dirasmikan pembukaannya  oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Februari 2016. Pejabat UTC Labuan terletak di aras bawah dan aras dua bangunan Pasar Sentral Labuan.

Secara umumnya, UTC adalah berkonsepkan penyediaan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti masyarakat di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan swasta.

Pada masa ini, sebanyak sepuluh jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan beroperasi di UTC Labuan yang dibuka setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum) bermula pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Selain itu, terdapat juga pusat penjagaan /Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Kafe UTC. Senarai dan perkhidmatan Agensi Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Swasta yang terdapat di UTC Labuan adalah seperti berikut:

Bil

Jabatan / Agensi

Perkhidmatan yang disediakan

Lokasi Pejabat

  1.  

Polis Diraja Malaysia

Menerima aduan dan laporan berkaitan keselamatan dan sebagainya

 

Aras bawah UTC

  1.  

Klinik 1Malaysia

Menyediakan rawatan pesakit luar, rawatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan ibu mengandung

 

  1.  

Perbadanan Labuan

Menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran seperti cukai kadaran, lesen operasi, sewaan

premis niaga dan rumah sewa

 

 

  1.  

 

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK)

 

 

Menerima aduan awam berhubung kenaikan harga barangan kawalan dan menempatkan alat timbang dan sukat

 

  1.  

Jabatan Belia dan Sukan

Menempatkan Y Centre dan menyediakan kemudahan gimnasium dan studio untuk aktiviti kecergasan

 

  1.  

Mahkamah Anak Negeri

Menyediakan khidmat pengurusan hal ehwal berkaitan adat dan hak anak negeri serta pemegang amanah kpd empat (4) kampung air (Kg Patau-Patau Satu dan Kg Patau-Patau Dua  , Kg Ranca-Ranca Laut dan Kg Bebuloh Laut)

  1.  

Pusat Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Menyediakan perkhidmatan urusan agihan zakat dan bantuan yang berkaitan.

Aras 2 , UTC

  1.  

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan (TEKUN) Nasional

Pengurusan bantuan kewangan berbentuk pinjaman kepada para peniaga di Labuan.

  1.  

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Urusan berkaitan bantuan subsidi minyak kepada para nelayan dan sebagainya.

  1.  

Jabatan Pendaftaran Malaysia

Menyediakan perkhidmatan hal-hal berkaitan pendaftaran kelahiran & kematian, pengeluaran & urusan kehilangan kad pengenalan, pendaftaran perkahwinan (bukan muslim), pengesahan dokumen dan sebagainya.

  1.  

Jabatan Imigresen Malaysia

Pengeluaran pasport antarabangsa Malaysia dan terhad serta dokumen perjalanan warga asing

 

 

Nota: Nombor telefon bagi Kaunter Perkhidmatan UTC WP Labuan ialah 087-451248 / 087-451249.

Tekun Nasional Taska UTC PDRM MAIWP MAN
TEKUN Nasional Taska UTC PDRM Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mahkamah Anak Negeri
Klinik 1Malaysia JPN Imigresen Kiosk Info UTC Gimnasium
Klinik 1 Malaysia Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Imigresen Malaysia Kiosk UTC Labuan Gimnasium UTC Labuan
Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat UTC Labuan

 

**Klik pada gambar untuk imej jelas