mel E-mail  
 
image
 

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengah hari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.