mel E-mail  
image

Gurdwara Sahib Labuan (Sikh Temple)
Tokong Sikh ini dibina oleh seorang ahli filantropi Sikh pada tahun 1997. Senibina tokong ini adalah diinspirasi oleh "Tokong Emas" Sikh di Amritsar. Ia menawarkan mereka yang memerlukan penginapan percuma di asrama tokong. Pelawat adalah diminta untuk menutup kepala dengan kain. Merokok dikawasan tokong adalah amat dilarang.