mel E-mail  

Aduan Awam

S1 : Apakah kategori aduan yang boleh dikemukakan?

 
  • Aduan mengenai kelewatan/tiada tindakan;
  • Tindakan tidak adil;
  • Kekurangan kemudahan awam;
  • Kelemahan peraturan/ undang-undang atau kepincangan pelaksanaan dasar;
  • Salahguna kuasa atau penyelewengan;
  • Salahlaku anggota awam;
  • Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
  • Kegagalan pengutakuasaan; dan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

S2 : Apakah jenis aduan utama yang boleh dikemukakan?

 
  • Pengurusan sampah dan kebersihan
  • Masalah longkang dan peparitan
  • Lampu jalan
  • Jalan berlubang
  • Rumput
  • Penjaja
  • Perumahan

S3 : Bagaimana cara membuat?

 
  • Hadir sendiri ke Tingkat 1, Wisma Perbadanan Labuan, Jln Dewan
  • Melalui telefon
  • Menulis surat-menyurat
  • Melalui emel
  • Melalui laman web atau portal; dan
  • Melalui media cetak atau elektronik

S4 : Bagaimana cara membuat

 
  • Surat Akuan Terima aduan akan dikeluarkan serta merta atau dihantar dalam tempoh 1 hari bekerja dengan disertakan nombor rujukan, nombor telefon, dan nama serta alamat pejabat pegawai yang boleh dirujuk;
  • Segala aduan yang sahih akan disiasat dan akan diberi maklum balas atau jawapan mengenai status aduan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya aduan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan, pihak pengadu akan dihubungi dan dimaklumkan bila maklum balas akan diberikan.
  • Jika pengadu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, aduan bole dikemukan semula dengan menyatakan sebab-sebab tidak puas hati. Aduan akan dikaji semula serta penjelasan baru akan diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

S5 : Berapa lama aduan disiasat?

 
  • Setiap aduan sahih yang dikemukakan mesti diselesai dalam tempoh masa 2 bulan
  • Bagaimanapun jika aduan adalah mudah maka ia akan segera diselesaikan sebaliknya jika aduan adalah rumit tempoh siasatan lebih lama diperlukan.

S6 : Di mana aduan boleh dikemukakan

 

Segala urusan boleh dibuat menggunakan alamat, nombor telefon,e-mel atau Klik Borang Aduan dalam laman web yang disediakan seperti berikut:-
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Perbadanan Labuan
Wisma Perbadanan Labuan
Peti Surat 81245
87022 W.P. LABUAN
Talian Utama : 087-408 600
E-mel : [email protected]


Borang Aduan

Halaman-halaman: 1  2