Home / Soalan Lazim / Soalan Lazim Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta

Soalan Lazim Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta

Setiap kekosongan premis rumah sewa/premis niaga akan diiklankan. Iklan kekosongan akan dipaparkan di Laman Web Perbadanan Labuan di www.pl.gov.my dan di laman sosial rasmi Perbadanan Labuan. Iklan kekosongan juga akan ditampal di papan-papan kenyataan milik Perbadanan Labuan.

Borang-borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang Perbadanan Labuan di www.pl.gov.my atau boleh diperolehi di Jabatan Penilaian, Pelaburan & Pengurusan Harta, Tingkat2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan.

Sebarang aduan kerosakan rumah sewa/premis niaga boleh diadukan melalui saluran-saluran berikut:

  1. Talian 087-408650 (JPPPH)
  2. Talian 087-408852 (JHEK)
  3. Talian WhatsApp 019-7878995/013-5888665
  4. Datang ke:
    • Kaunter Setempat, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan,
    • JPPPH, Tingkat 2, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan

Bayaran sewa untuk rumah sewa dan premis niaga boleh dibuat di:

  1. Kaunter Setempat, Tingkat Bawah, Blok B Wisma PL
  2. Kaunter Perbadanan Labuan di UTC
  3. Bayaran secara atas talian menggunakan JomPay, www.maybank2u.com.my, www.cimbclick.com.my, www.cimb-bizchannel.com.my, www.posonline.com.my dan di semua cawangan Bank Islam Manaysia di seluruh negara.

Keputusan untuk sebarang temuduga akan diberitahu dalam jangka masa 2 minggu selepas tarikh temuduga atau boleh menghubungi talian 087-408650 pada waktu pejabat.

Kemaskini terakhir 26/06/2020 - 08:13am