mel E-mail  

BIL

BUTIRAN BUKU

SINOPSIS

 

1

 

 

Tajuk : Ceritera Wartawan Al-Quran

Penulis : Abdullah Bukhari
ceritera

 

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka, buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini. Antara kandungan menarik buku ini adalah: 1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit
2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam
3. Paul membawa Al-Quran hari ini
4. Singa pun takut memberi salam selepas makan
5. Bajet Allah vs bajet manusia

 

 

2

Tajuk :Cuit-Cuit Ustaz Kay's

Penulis : Haji Kamil Sidek
CCUK

CCUK adalah singkatan daripada Cuit-cuit Ustaz Kay’s. CCUK ini menggunakan pendekatan dakwah yang lebih santai walaupun agak ilmiah sebenarnya.

CCUK ini lebih kepada himpunan dan catatan pendakwah atau travelog yang menjadi trend masa kini. Fresh, ringan dan tidak memeningkan, tulus dan tidak memaksakan. Justeru, dalam pemilihan tajuk-tajuk CCUK, dibuat dengan berhati-hati, isu yang dekat dengan mad'u (golongan sasaran dakwah), malar segar, catchy, trendy dan terkini, selain cadangan yang datang dari rakan-rakan pembaca

 

 

3

 

Tajuk : Gagal Tapi Sukses

Penulis: Mohd Rafi Jalaluddin
Gagal

Gagal dalam pelajaran bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan. Tanpa kelulusan yang tinggi pun anda tetap berpeluang menjadi ilmuwan, jutawan hatta hartawan sekali pun. Pokok pangkalnya semua bermula daripada diri sendiri.

Tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates, Thomas Edison dan Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah contoh mereka yang berjaya tanpa segulung sijil. Malah, mereka mampu membuatkan pelajar-pelajar Gred A bekerja dengan mereka yang mempunyai kelulusan Gred C.

Apa formula mereka? Rahsianya ada di dalam buku ini. Apa yang perlu anda lakukan; tenang, baca dan praktikkan. Buku ini akan mengubah 360 darjah cara anda berfikir. Realitinya, gagal adalah perkara yang biasa dalam hidup orang berjaya.

4


Tajuk : Genius Dari Syurga

Penulis: Ainizal Abdul Latif
Genius

MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain. Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini? Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan. Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT. Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.

 

 

5

Tajuk : Kaedah Merawat Saka

Penulis : Tuan Haji Mokhtar Kassan
Saka

Saka adalah makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah, nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya.Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik.

 

6

Tajuk : Kahwin 3 Kali

Penulis: Rasya Elyana
3 kali

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali. Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya

 

 

7

Tajuk : Membongkar Misteri 3 Masjid Suci

Penulis : Adrie Noor Al-Fatia Andriansah masjid

Buku ini cuba merungkai kebenran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan masyarakat. Antaranya:
• Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
• Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
• Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
• Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
• Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
• Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
• Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
• Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
• Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
• Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)

 

 

8

Tajuk : Memburu Saadah

Penulis : Emran Ahmad
Saadah

Penulis memberikan 20 tip kepada pasangan suami isteri yang mahu mencapai bahagia dalam rumah tangga mereka. Keluh kesah bukan caranya mendepani masalah dan ujian yang melanda, tetapi berusaha untuk mengatasinya. Seperti kata penulisnya: Kalau kahwin semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu, kerana mengharapkan bahagia, mengharapkan gembira, maka dia pasti akan kecewa dan berasa tidak berbaloi dengan segala bebanan, tanggungjawab, masalah yang dihadapinya. ‘Not what I expected’ atau ‘saya tak sangka akan jadi macam ni’ ialah ayat biasa yang akan keluar.

9

Tajuk : Menalar Makna Diri

makna

Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Dawlah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi . Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian beliau dalam Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.

Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11