Home / Rakyat / Perkhidmatan / Sewaan Kemudahan / Lain-Lain / Penyewaan Kostum & Aksesori

Penyewaan Kostum & Aksesori

PERMOHONAN

  1. Hendaklah mengisi borang Permohonan Sewaan Kostum Badan Budaya dengan lengkap.
  2. Mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi 1 minggu sebelum tarikh penggunaan.

CARA PEMBAYARAN

  1. Bayaran boleh dibuat secara Tunai, EFT ataupun menggunakan LPO.
  2. Bayaran hendaklah dijelaskan di Kaunter Bayaran Perbadanan Labuan, Tingkat 1, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Dewan, W.P.Labuan

PENGGUNAAN DAN FIZIKAL KOSTUM

  1. Dilarang menebuk, mengubah, menampal, menjahit dan sebagainya yang menggunakan apa-apa jua yang membawa maksud kepada menjejaskan keadaan asal pada kostum dan aksesori
  2. Mengembalikan kostum dan aksesori dalam keadaan bersih dan sempurna pada masa yang telah ditetapkan.
  3. Kostum dan aksesori hendaklah dikembalikan 3 hari selepas tarikh penggunaan.
  4. Perhatian kepada peminjam kostum,anda hendaklah memastikan kostum berada dalam keadaan bersih dan di cuci (DRY CLEAN) sebelum di kembalikan.
  5. Penyewa boleh diambil tindakan dengan mengenakan bayaran penalti sebanyak RM5.00 per hari (Kerajaan/Sekolah) dan RM10.00 per hari (Swasta/Individu) jika sekiranya kostum dan aksesori lewat dikembalikan seperti yang dijadualkan.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

  1. Memastikan kostum dan aksesori dalam keadaan baik dan bersih semasa tempoh penyewaan.
  2. Penyewa akan dikenakan gantirugi, membaiki, mengganti jika ada kerosakan atau kehilangan kostum dan aksesori.
  3. Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab keatas sebarang tuntutan kemalangan atau kecederaan yang berlaku sebelum/semasa yang berkaitan dengan peminjaman kostum dan aksesori.

PEMBATALAN

  1. Pembatalan penyewaan hendaklah dimaklumkan melalui surat rasmi selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh penggunaan kostum dan aksesori dengan mengembalikan semula Inbois yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan, PL.
  2. Tuntutan bayaran akan diteruskan dan menjadi hutang penyewa kepada PL sekiranya proses pembatalan tidak dipatuhi dan menjadi tanggungjawab kepada penyewa untuk menjelaskan tuntutan tersebut.

Senarai Kadar Sewaan Kostum Dan Aksesori

8b-ii-Kostum-dan-aksesori.pdf
Kemaskini terakhir 09/03/2020 - 01:49pm