mel E-mail  

1     2     3

PERPUSTAKAAN DESA KG LAJAU

Perpustakaan Desa (PD) Kg Lajau telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Y.Bhg. Dato' Raslin Bin Abu Bakar pada 09 Disember 2009. PD Kg Lajau merupakan PD yang ketiga di W.P. Labuan selepas PD Sg Labu dan PD Durian Tunjung. PD Kg Lajau mula beroperasi sepenuhnya pada 04 Januari 2010. Lokasi PD Kg Lajau terletak di dalam kawasan Masjid Jamek Adam, Kg Lajau. PD Kg Lajau ini menggunakan bangunan yang sedia ada dan merupakan bekas Pejabat Sekolah Rendah Agama Islam Kg Lajau. Penyerahan bangunan pejabat ini kepada PNM telah diserahkan dan ditandatangani sendiri oleh Ketua Kampung Lajau iaitu Ketua Kampung Tuan Hj Sudin Bin Omar pada 18 Disember 2008 yang disaksikan sendiri oleh Pustakawan Perpustakaan Awam Labuan, En. Kamal Bin Yan.

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis                
8.00 pagi hingga 5.30 petang

Jumaat
08.00 PG HINGGA 11.45 PG
02.00 PTG HINGGA 05.30 PTG

Sabtu, Ahad dan cuti umum   - Tutup

Pegawai Bertugas                                                                      

  1. En. Muzaide bin Taib
    (Penolong Pegawai Perpustakaan S27) / Penyelia Perpustakaan Desa, WP Labuan
  2. En. Nazrie Ismaily bin Hussin
    (Pembantu Perpustakaan S17)
  3. En. Nurruddin bin Dinga
    (Pembantu Operasi N11)

No. Telefon 087 - 467 463

Aktiviti Tahunan

  • Program Pintu Ke Pintu
  • Kempen Galakguna Perpustakaan
  • Kempen Membaca
  • Kembara Ilmu            
  • Minggu Perpustakaan
  • Aktiviti Sampingan Musim Perayaan  

Lain-Lain Perkhidmatan

  • Keahlian Perpustakaan
  • Pinjaman Buku
  • Kemudahan Internet
  • Pinjaman Laptop 1 Malaysia
  • Pinjaman Berkelompok
  • Perkhidmatan Scanner, Fotokopi dan Printer
  • Perkhidmatan Khidmat Nasihat
    • Perpustakaan Keluarga
    • Pusat Sumber Sekolah

Kegunaan Bangunan

  • Ruang Bacaan Majalah Dan Akhbar
  • Ruang Bacaan kanak-kanak
  • Kaunter Pinjaman / Pemulangan / Keahlian
  • Bilik Multimedia
  • Ruang Rujukan
  • Ruang Bacaan Dewasa
  • Kemudahan Internet (percuma)

Syarat-Syarat Am Keahlian PD Kg Lajau

Keahlian Kanak-Kanak

  • Umur 12 tahun ke bawah
  • 1 salinan Sijil Lahir / My Kid

Keahlian Dewasa

  • Umur 13 tahun ke atas
  • 1 keping gambar ukuran Pasport
  • 1 salinan Kad Pengenalan

- Keahlian adalah Percuma -

Halaman-halaman: 1  2  3