mel E-mail  

Perkhidmatan Perbandaran


 
Objektif
 

Membantu organisasi menjadikan W.P. Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa yang bersih, indah dan maju melalui :

  • Penyediaan persekitaran yang bersih dan tahap kesihatan awam yang selamat
  • Penyediaan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti
  • Pengawalan aktiviti perniagaan
  • Pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran masyarakat
  • Memastikan keseimbangan antara pembangunan Landskap semasa dan pemeliharaan alam semulajadi
 
Fungsi
  • Bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran di bawah kawalan PL
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengawalan pelesenan perniagaan, iklan dan permit acara awam
  • Bertanggungjawab memastikan kebersihan premis-premis makanan dan tandas awam
  • Bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan landskap yang komprehensif dan terancang
  • Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan landskap dan aduan pokok merbahaya.
 
Piagam Pelanggan
  • Memproses dan memberi keputusan permohonan lesen yang memenuhi syarat seperti berikut:
    • Lesen Perniagaan 14 hari
    • Lesen Pasar dan Penjaja Bergerak 14 hari
    • Penukaran Butiran Lesen 7 hari
    • Pembaharuan Lesen 1 hari
  • Melaksanakan kutipan sampah Pusat Bandar setiap hari Kawasan Perumahan, Sekolah dan Luar Bandar di antara 2 hingga 7 kali seminggu
  • Menyediakan perkhidmatan kutipan sampah kebun dalam tempoh 2 hari selepas tempahan dibuat dengan pihak PL dengan kadar RM 80.00 sekali kutip
  • Melaksanakan pembersihan longkang kakilima di kawasan pusat bandar sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
  • Memastikan kemudahan tandas awam sentiasa berada di tahap kualiti yang memuaskan hati pelanggan melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2000
  • Menjalankan pemeriksaan bagi penggredan premis makanan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dengan sasaran 50% Premis mendapat penilaian Gred A
  • Mengambil tindakan ke atas setiap aduan kacau ganggu dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Memproses dan mengeluarkan kad-kad kesihatan dalam tempoh 3 minit bagi setiap satu permohonan yang lengkap
  • Mengambil tindakan ke atas aduan awam pokok merbahaya dalam tempoh 24 jam
  • Mengambil tindakan ke atas aduan pokok dalam tempoh 7 hari / penyiasatan
 

Alamat :-

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Tingkat 1, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan

Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

087-408691