mel E-mail  

Pengurusan Sumber Manusia


 

Objektif

Mewujudkan satu sistem pengurusan sumber manusia yang efektif,efisyen dan produktif.

 

Fungsi

  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan PL seperti berikut :
    • Mengkaji dan menguruskan pemansuhan, penggredan dan penyusunan semula jawatan organisasi.
    • Mengkaji keperluan dan pengujudan jawatan baru.
    • Menguruskan pengambilan pegawai dan kakitangan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
    • Menguruskan perjawatan termasuk pengesahan jawatan, urusan pencen dan penempatan pegawai dan kakitangan.
    • Mengendalikan kesemua urusan cuti berdasarkan Perintah Am-Bad C.
    • Menguruskan tapisan keselamatan untuk pegawai dan kakitangan
    • Menguruskan permohonan Elaun Perumahan Wilayah dan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
    • Menyelaras Urusan Sistem SISPEN / HRMIS
    • Menyelaras Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk pegawai dan kakitangan
    • Menyelaras urusan Pengisytiharan Harta pegawai dan kakitangan.
  • Menguruskan Latihan dan Pembangunan Kerjaya seperti berikut :-
    • Merancang, mengenal pasti dan menyelaraskan aktiviti latihan dalaman dan luaran
    • Membangunkan kurikulum dan program latihan
    • Mengendalikan Kursus Induksi Umum dan Khusus
    • Membuat kajian dan perancangan strategik pengurusan sumber manusia
    • Memberikan khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan
    • Menyediakan dan melaksanakan kursus dan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan peringkat Perbadanan Labuan
    • Mengendalikan permohonan menghadiri persidangan, seminar dan lawatan sambil belajar.
  • Menjadi urusetia kepada : -
    • Jawatankuasa Pemantauan Kursus
    • Lembaga Kompetensi
    • Unit Kaunseling
    • Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
    • Lembaga Kenaikan Pangkat
    • Jawatankuasa Lembaga Tatatertib
    • Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
    • Jawatankuasa Perjawatan
 

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan Pelantikan Pegawai/Kakitangan
    • Pengisian jawatan kosong secara pengiklanan dibuat dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan
  • Menguruskan Hal-Hal Perkhidmatan
    • Memproses permohonan cuti dalam tempoh 3 hari selepas tarikh permohonan diterima
    • Menguruskan pengesahan jawatan kepada anggota yang layak dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh kelulusan oleh Ketua Jabatan
    • Memproses elaun-elaun dalam perkhidmatan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh diterima
    • Mengemaskini buku rekod perkhidmatan dan Sistem Personal Jabtan (SISPEN) / Human Resource Management Information System (HRMIS) bagi pegawai dan kakitangan dari masa ke semasa
    • Menguruskan dan melaksanakan dasar dari segi pembangunan prestasi, kenaikan pangkat, pengendalian tatatertib dan anugerah pingat/darjah kebesaran mengikut garis panduan sedia ada dari masa ke semasa
    • Memproses urusan persaraan pegawai/kakitangan dalam tempoh tiga (3) bulan
    • Memastikan semua dokumen persaraan yang lengkap disempurnakan akan dikemukakan ke Bahagian Pencen JPA dalam masa enam (6) bulan sebelum pegawai/kakitangan bersara
  • Menguruskan Latihan dan Pembangunan Kerjaya
    • Memproses permohonan kursus/latihan/peperiksaan dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan mendapat kelulusan
    • Memastikan setiap pegawai dan kakitangan agensi menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun
    • Menerima dan memproses permohonan praktikum pelajar daripada IPTA / IPTS dalam masa tujuh (7) hari setelah mendapat keputusan daripada Ketua Jabatan
    • Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kursus/Latihan empat (4) kali setahun
 

Alamat :-

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,

Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan (sementara)

Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

087-581819