mel E-mail  
 
Kutipan Sisa-Sisa Pepejal (Sampah)

Perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal di Pulau Labuan dilaksanakan seperti berikut:

  • Kawasan pusat Bandar - setiap hari
  • Kawasan - kawasan lain seperti taman perumahan, kampung dan lain-lain - antara 2 hingga 7 kali seminggu.
  • Sampah-sampah yang dikutip hanyalah sampah-sampah domestik. Sampah-sampah lain jika memerlukan perkhidmatan perbandaran caj sebanyak RM 80 untuk satu trip dikenakan.
Pegawai yang boleh dihubungi:
  • Encik Azali bin Aziz, Penolong Pegawai Tadbir (Perkhidmatan) (087-408642)
  • Unit Perkhidmatan (087-408691)
 
Jadual Kutipan Sampah Di Wilayah Persekutuan Labuan
Sampah Domestik
Istilah sampah domestik ialah sisa makanan yang dihasilkan daripada dapur taman perumahan, rumah kampung dan premis makanan.
Sampah Kasar
Istilah sampah kasar ialah termasuk segala jenis daun, rumput, dahan batang pokok, semua jenis perabot dan peralatan lama yang tidak dapat dipakai, kayu, sisa renovasi bangunan dan lain-lain.