mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2019 Pengumuman Tahun 2019

Kembali

Permohonan Sewaan Ruang Niaga Perbadanan Labuan

 

PERMOHONAN SEWAAN RUANG NIAGA PERBADANAN LABUAN

 

  1. Pelawaan adalah terbuka  kepada orang awam yang berminat bagi memohon penyewaan ruang niaga Perbadanan Labuan seperti berikut:

 

BIL.

LOKASI

KADAR SEWA

JUMLAH KEKOSONGAN

1.

Gerai Medan Selera Baharu Jalan Tanjung Purun (Jenis A)

RM450.00 sebulan

3

2.

Gerai Medan Selera Baharu Jalan Tanjung Purun (Jenis B)

RM400.00 sebulan

4

3.

Meja Ayam Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

3

4.

Meja Daging Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

6

5.

Meja Ikan Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

6

6.

Meja Sayur Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

5

7.

Meja Kuih Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

2

8.

Meja Buah Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

1

9.

Meja Ikan Masin Aras Bawah Pasar Sentral Labuan

RM35.00 sebulan

1

 

  1. Syarat-syarat permohonan adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun ke atas dan keutamaan kepada penduduk tempatan W.P. Labuan serta tidak mempunyai sewaan ruang niaga milik Perbadanan Labuan.

 

  1. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma bermula 24 Jun 2019 di Kaunter Khidmat Pelanggan Blok B Wisma Perbadanan Labuan, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan pada waktu pejabat serta di laman sesawang Perbadanan Labuan www.pl.gov.my

 

  1. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan adalah pada 15 Julai 2019 (Isnin) jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Kaunter Setempat Perbadanan Labuan, Tingkat Bawah , Blok B Wisma Perbadanan Labuan. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan Perbadanan Labuan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

 

 

Sekian, harap maklum.

 

MUAT TURUN BORANG:

a. Borang Permohonan Ruang Niaga Medan Selera Baharu

b. Borang Permohonan Ruang Niaga Aras Bawah Pasar Sentral