mel E-mail  

Pengumuman Pengumuman

Kembali

Permohonan Ruang Niaga Tamu Labuan Walk

logo pl


PERMOHONAN RUANG NIAGA TAMU LABUAN WALK

  1. Pelawaan adalah terbuka  kepada orang awam yang berminat bagi memohon penyewaan ruang niaga Tamu Labuan Walk seperti berikut:

 

BIL

LOKASI

LOT NIAGA

1.

Tamu Labuan Walk

  1. Makanan / Minuman
  2. Pakaian / Pelbagai

 

  1. Syarat-syarat permohonan adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun ke atas (Warganegara Malaysia sahaja) dan keutamaan adalah kepada penduduk tempatan W.P. Labuan serta tidak mempunyai sewaan ruang niaga milik Perbadanan Labuan.

 

  1. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di Kaunter Khidmat Pelanggan Blok A Wisma Perbadanan Labuan, Kaunter Khidmat Pelanggan UTC Pasar Sentral Labuan dan di Jabatan Pelesenan, Tingkat 1, Blok A Wisma Perbadanan Labuan pada waktu pejabat serta di laman sesawang Perbadanan Labuan www.pl.gov.my

 

  1. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan adalah pada 16 November 2018 (Jumaat) jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Jabatan Pelesenan, Tingkat 1, Blok A Wisma Perbadanan Labuan. Hanya permohonan yang lengkap diterima dan memenuhi kriteria yang ditetapkan Perbadanan Labuan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Sekian, harap maklum.

 

 

 

…………………………………

b.p. Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Labuan

 

Muat turun borang permohonan ruang niaga Tamu Labuan Walk DI SINI