mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2019 Pengumuman Tahun 2019

Kembali

Permohonan Ruang Niaga Bazar Ramadan 2019 / 1440H

logo pl

PERMOHONAN RUANG NIAGA BAZAR RAMADAN 2019 / 1440H

 

  1. Pelawaan adalah terbuka  kepada orang awam (Warganegara Malaysia) yang berminat bagi memohon  ruang niaga Bazar Ramadan 2019 / 1440H seperti berikut:

 

BIL

LOKASI

LOT NIAGA

1.

Labuan Walk

Makanan & Minuman

2.

Pasar Sentral Labuan

1. Makanan & Minuman

2. Pakaian & Pelbagai

3.

Anjung Selera Durian Tunjong

Makanan & Minuman

 

  1. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

2.1Berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

2.2Mempunyai SSM yang belum tamat tempoh.

2.3Pemohon hendaklah datang sendiri untuk membuat permohonan dan wakil adalah tidak dibenarkan.

2.4Setiap pemohon hanya dibenarkan mengambil 1 lot sahaja.

 

  1. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

3.1Salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu.

3.21 keping gambar bersaiz passpot pemohon dan pembantu.

3.3Salinan SSM lengkap.

3.4Salinan kad kesihatan dan salinan sijil kursus pengendalian makanan.

 

  1. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma bermula 8 April 2019 di Kaunter Setempat, Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Perbadanan Labuan pada waktu pejabat.

 

  1. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan adalah pada 19 April 2019 (Jumaat) jam 4.00 petang dan dihantar terus ke Kaunter Setempat, Tingkat Bawah, Blok B Wisma Perbadanan Labuan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima.

 

Sekian, harap maklum.

 

 

…………………………………

b.p. Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Labuan