mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2019 Pengumuman Tahun 2019

Kembali

Notis Tawaran Pajakan Tapak Esplanade Milik Perbadanan Labuan

logo PL

Perbadanan Labuan mempelawa dan menjemput syarikat-syarikat swasta yang berlesen atau pemaju hartanah yang berminat untuk memajak kawasan tapak esplanade seperti berikut;-

 

Bil

Lot Tanah

Aktiviti/ Keterangan

 

1

 

Lot 30667 PN11362, Jalan Merdeka, WP Labuan

 

Tapak Esplanade untuk kedai bebas cukai dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan

 

 

 

 

Syarikat-syarikat yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan dan terma rujukan dari Unit Pelaburan, Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Borang ini akan dibuka mulai 6 SEPTEMBER 2019 HINGGA 30 SEPTEMBER 2019. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan serta cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Perbadanan Labuan SEBELUM JAM 4.00 PETANG 30 SEPTEMBER 2019 di JABATAN PENILAIAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA, TINGKAT 2, BLOK B, WISMA PERBADANAN LABUAN. Perbadanan Labuan tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan ini.

Satu lawatan tapak akan diadakan pada 24 September 2019 jam 11.30 tengahari dan berkumpul di Blok B, Wisma Perbadanan Labuan. Sila berhubung dengan Cik Norshafika Azlin atau En .Faizrull di talian 087-408672 / 087-408629.