mel E-mail  

Pengumuman Pengumuman

Kembali

Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan

logo pl

KENYATAAN TAWARAN

Notis Tawaran Pajakan Tanah Milik Perbadanan Labuan

Perbadanan Labuan mempelawa syarikat - syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan berasaskan Industri Minyak dan Gas untuk menyewa/ memajak tanah milik Perbadanan Labuan seperti tersebut di atas yang telah kosong seperti berikut ;-

Bil Lot Tanah Keterangan
1. Tapak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Rancha-Rancha, WP Labuan

- Tiga (3) lot kekosongan.

- Kadar Harga RM2.04 satu meter persegi.

- Aktiviti berkaitan minyak dan gas/Industri Kecil dan Sederhana

 

Syarikat - syarikat yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Blok B, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung ditalian telefon : 087-408629.

Perbadanan tidak terikat kepada mana-mana syarikat dan segala kos yang terlibat oleh mana-mana syarikat adalah atas tanggungan sendiri.

Tawaran ini dibuka mulai 09 Oktober 2018 hingga 16 Oktober 2018. Borang permohonan yang lengkap perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2018 jam 12.30 tengahari.