mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2019 Pengumuman Tahun 2019

Kembali

Notis Mengenai Senarai Nilaian Baharu 2020

logo pl

PERBADANAN LABUAN

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 [AKTA 171]

NOTIS MENGENAI SENARAI NILAIAN BAHARU 2020

 

Menurut subseksyen 141(1) dan (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] (sebagaimana yang diperluas dan diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2010 [P.U. (A) 439/2010]), Notis diberikan bahawa Senarai Nilaian baharu bagi tahun 2020 bagi semua pegangan dalam Wilayah Persekutuan Labuan yang tidak dikecualikan daripada pembayaran kadar telah disediakan dan salinannya boleh diperiksa di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Perbadanan Labuan, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Dewan, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan pada mana-mana hari bekerja antara waktu 08.30 pagi hingga 04.30 petang mulai 01 November 2019 oleh mana-mana orang yang mengaku pemunya atau penduduk sesuatu pegangan dalam Senarai Nilaian itu atau sebagai ejen mana-mana orang itu dan cabutan-cabutan daripada Senarai Nilaian baharu itu boleh dibuat tanpa bayaran.

 

 

Bertarikh 21 Oktober 2019

[PL/PUU/100-2/16]

 

 

DATO’ SRI HAJI AMIR BIN HAJI HUSSIEN

Pengerusi Perbadanan Labuan