mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2019 Pengumuman Tahun 2019

Kembali

Notis Mengenai Semakan Senarai Nilaian Baharu 2020

logo pl

 

PERBADANAN LABUAN

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 [AKTA 171]

NOTIS MENGENAI SEMAKAN SENARAI NILAIAN BAHARU 2020

 

Menurut subseksyen 141(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] (sebagaimana yang diperluas dan diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2010 [P.U. (A) 439/2010]), Notis diberikan bahawa Senarai Nilaian baharu bagi tahun 2020 bagi semua pegangan dalam Wilayah Persekutuan Labuan yang tidak dikecualikan daripada pembayaran kadar akan disemak pada 31 Disember 2019.

 

Mana-mana orang yang mengaku sebagai pemunya atau penduduk sesuatu pegangan atau ejen mana-mana orang itu yang terkilan dengan Senarai Nilaian itu atas mana-mana daripada alasan yang berikut:

 

(a)      bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;

 

(b)      bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;

 

(c)      bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;

 

(d)        bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau

 

(e)        bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain,

 

bolehlah membuat bantahan secara bertulis pada atau sebelum 17 Disember 2019 kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan di Jabatan Penilaian, Pelaburan dan Pengurusan Harta, Perbadanan Labuan, Tingkat 2, Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Dewan, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

Bertarikh 21 Oktober 2019

[PL/PUU/100-2/16]

 

DATO’ SRI HAJI AMIR BIN HAJI HUSSIEN

Pengerusi Perbadanan Labuan