mel E-mail  

Pengumuman Tahun 2020 Pengumuman Tahun 2020

Kembali

Kenyataan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PL

logo PL


PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087 408600/601 Faks: 087 428997

Laman web: www.pl.gov.my

 

YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan/ Puan,

 

BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM INISIATIF TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 (TMM 2020)

 

Selamat menyambut kedatangan tahun 2020 buat YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan/ Puan,

 

2.        Tahun 2020 ini merupakan tahun yang amat istimewa buat Wilayah Persekutuan Labuan kerana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk semua lapisan masyarakat. Bersempena dengan agenda nasional Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020), Perbadanan Labuan (PL) telah menyenaraikan lebih 100 acara pelancongan di Labuan. Aktiviti yang tersenarai akan melibatkan acara sukan, kesenian dan kebudayaan, pesta makanan dan tidak lupa juga keindahan pulau dan pantai yang cantik untuk dinikmati para pelancong.

 

3.    PL memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti pelancongan termasuk edu-pelancongan, eko-pelancongan, pelancongan kesejahteraan dan juga pelancongan sukan pada tahun ini untuk memastikan usaha di dalam menjayakan inisiatif TMM 2020 seiring dan serancak negeri-negeri lain di Malaysia. Pelaksanaan yang agresif ini memerlukan sokongan dari semua pihak seperti jabatan-jabatan dan agensi kerajaan di Labuan, pemilik hotel dan restoran, ejen pelancongan dan pengendali pengangkutan awam. Saya menyeru kepada semua pemain industri dan rakan media untuk menyokong program inisiatif TMM 2020 dengan memuat naik Kalendar Aktiviti sepanjang tahun Labuan di media sosial, berkongsi maklumat aktiviti pelancongan dan yang paling penting sekali memberikan sokongan kepada aktiviti yang dijalankan poleh semua pihak penganjur. 

4.     PL akan mengedarkan buku Labuan Events and Festivals 2020 dan risalah Labuan Flydrive kepada semua jabatan dan agensi kerajaan untuk diedarkan kepada para pelancong dan pelawat yang datang ke Labuan. Buku kecil dan risalah ini juga boleh dimuat turun di laman web PL dan Labuan Tourism. PL bersedia untuk menerima pelancong dan pelawat dari Malaysia dan seluruh dunia. Pada masa yang sama, PL sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran penerbangan terus terutamanya bagi tiga negara iaitu dari Bangkok, Jakarta dan Singapura dalam usaha meningkatkan bilangan ketibaan para pelancong luar negara. PL juga ingin menjemput pihak-pihak yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan selam skuba dasar laut, aktiviti-aktiviti di pantai dan sukan air serta pengendali perkhidmatan pelancongan untuk memulakan operasi perniagaan di Labuan. Bersama-sama ini dilampirkan buku Labuan Events 2020 dan risalah Labuan Flydrive untuk rujukan YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan/ Puan.

 

5.     Pada masa yang sama, Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian (JPKK) PL turut menawarkan sesi taklimat pelancongan Labuan sekiranya diperlukan oleh jabatan YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang berikut, Puan Jah Murniawati di talian 087-410605 atau emel [email protected] atau Puan Zunaidah di talian 087-408743 atau emel [email protected].

 

6.       Akhir kata, saya menyeru kepada semua jabatan dan agensi kerajaan bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguh demi Labuan dan menjadikan insiatif TMM 2020 satu kejayaan. Segala perhatian dan kerjasama serta sokongan padu pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan/ Puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

 

(DR. FARY AKMAL BINTI OSMAN)

Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Labuan