mel E-mail  

Penguatkuasaan Undang-undang


 
Unit Penguatkuasaan PL telah dibentuk untuk menguatkuasakan undang-undang PL dengan mengambil tindakan undang-undang (kompaun sehingga RM100, denda sehingga RM2, 000 dan tindakan mahkamah) kepada orang awam / peniaga / penjaja yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang PL. Tujuan utamanya adalah mendididk dan untuk mendisiplinkan orang awam / peniaga supaya lebih mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan.
 
Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Perbadanan Labuan adalah seperti berikut;
1. Ordinan Perlesenan Perniagaan 1949
2. Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
3. Ordinan Hiburan Awam 1956
4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Perintah Pengangkutan Jalan (Menjadikan Tempat Letak Kereta & Perhentian Teksi)1995
  Undang-undang Kecil
a. Undang-undang Kecil Anti Sampah-Sarap 1992
b. Undang-undang Kecil Pasar (pindaan) 1992
c. Undang-undang Kecil Penjaja (pindaan) 1992
d. Undang-undang Kecil Pendandan Rambut (pindaan) 1992
e. Undang-undang Kecil Makanan dan Premis Makan (pindaan) 1992
f. Undang-undang Kecil Hotel dan Rumah Penginapan (pindaan) 1992
g. Undang-undang Kecil Pengiklanan 1996
h. Undang-undang Kecil Jalan dan Tempat Awam 1968
i. Undang-undang Kecil Berurusan Dengan Bahan Sekerap 1968
j. Undang-undang Kecil Kedai Dobi 1968
k. Undang-undang Kecil Perniagaan Berbahaya 1968
l. Undang-undang Kecil Tanaman 1982
m. Undang-undang Kecil Ladang Tenusu dan Pengusaha Tenusu 1968
 
Mereka yang telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM100 hendaklah datang ke Pejabat PL dan menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh tujuh (7) Hari dari tarikh notis kompaun untuk membuat bayaran, kegagalan berbuat demikian setelah tempoh notis tamat maka Notis Peringatan akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan sekiranya perkara ini tetap tidak dipatuhi selepas tempoh sebulan maka kertas siasatan akan dibuka, untuk tujan pendakwaan di mahkamah.