Mobile Portal Rasmi
Perbadanan Labuan

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Profil PL
Latar Belakang
Perbadanan Labuan ditubuhkan pada 1 Julai 2001, di bawah Akta 609, Akta Perbadanan Labuan 2001. Ia adalah hasil penggabungan dua agensi utama iaitu Lembaga Pembangunan Labuan dan Majlis Perbandaran Labuan.
 
Visi
Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pulau yang maju, indah dan sejahtera.
 
Misi
Memastikan pembangunan terancang melalui:
  • Pembangunan sosio ekonomi yang maju & mampan.
  • Peningkatan prasarana dan perkhidmatan yang berterusan.
  • Menjadikan Pulau Labuan Taman Percutian dan Perniagaan yang unik dan menarik serta memenuhi citarasa kedamaian, ketenangan, kemewahan dan penuh cabaran.

Objektif

  • Menjadikan Perbadanan Labuan sebagai sebuah agensi yang terunggul dan berwibawa.
  • Menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi, sosial, budaya dan sukan di Wilayah Persekutuan Labuan
  • Membangunkan industri pelancongan dan aktiviti komersial di Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.
  • Menjadikan Perbadanan Labuan sebagai agensi Perancang dan Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap, berkesan dan berdikari

Fungsi

Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 - Akta Perbadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut :

(a)  Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;

(b)  Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(c)  Memajukan, merangsang dan megusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(d) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(e)  Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(f)   Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(g) Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(h)  Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.