mel E-mail  

 
pulau bebas cukai
 

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.