mel E-mail  

Khidmat Pengurusan


 

Objektif

Membantu organisasi mencapai matlamat dalam menjadikan W.P. Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) dan destinasi pelancongan yang bersih, indah dan berdaya-saing melalui

  • Penyediaan kakitangan yang berpengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
  • Pemupukan semangat kerjasama dan akauntabiliti di kalangan warga Perbadanan Labuan.
  • Penyediaan persekitaran kerja yang ceria dan selesa.
  • Penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.
 

Fungsi-fungsi

  • Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kebajikan kakitangan Perbadanan Labuan.
  • Mengurus hal-hal perjawatan, pengkhususan tanggungjawab serta program latihan kakitangan.
  • Mengawalselia keselamatan pejabat serta keselamatan rekod / fail Perbadanan Labuan.
  • Bertanggungjawab mengawal dan merancang perbelanjaan mengurus Perbadanan Labuan.
  • Mengendalikan rekod-rekod inventori pejabat dan harta-harta modal Perbadanan Labuan.
  • Bertanggungjawab sebagai urusetia Mesyuarat Lembaga Pengarah.
 

Piagam Pelanggan

  • Memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada pelanggan ketika berurusan.
  • Memproses pinjaman kenderaan / komputer dalam masa 14 hari dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
  • Memproses dan merekod segala urusan cuti kakitangan dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Memproses dan merekod permohonan peralatan pejabat dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menyelaras dan memproses urusan tempahan tiket penerbangan bagi pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan urusan rasmi dengan serta merta.
  • Menyelaras permohonan penggunaan kenderaan-kenderaan rasmi Perbadanan Labuan dalam masa 1 hari.
  • Menyelenggara dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan rasmi Perbadanan Labuan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali.
 

Alamat :-

Jabatan Khidmat Pengurusan,

Tingkat 2, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan

Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

087-408635 / 087-408696