mel E-mail  

Kewangan


 

Objektif

Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perakaunan kepada PL dan pelanggan PL yang merangkumi :

  • Mengakaunkan hasil dan perbelanjaan PL
  • Menyelia dan menyediakan bajet tahunan
  • Membuat pembayaran ke atas perbelanjaan PL dan pembayaran kepada kontraktor dan pembekal
  • Menguruskan pembayaran gaji dan elaun kakitangan
  • Menyediakan maklumat dan laporan kewangan
 

Fungsi

  • Mengeluarkan cek-cek bagi membayar semua perbelanjaan PL dan cek-cek tuntutan pelbagai elaun yang dibayar kepada kakitangan.
  • Membayar gaji dan elaun-elaun tetap, elaun lebih masa bulanan kepada kakitangan melalui akaun simpanan individu di bank-bank tempatan
  • Menerima kutipan pelbagai hasil di kaunter bayaran Wisma PL.
  • Memasukkan kutipan hasil ke bank setiap hari.
  • Mengawal selia dan menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender
  • Menyediakan penyata kewangan bulanan, suku tahunan dan tahunan dan lain-lain maklumat kewangan dan perakaunan untuk pengurusan PL
  • Membantu dan member khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada Bahagian-Bahagian di PL
  • Menjawab pertanyaan Audit yang berkaitan dengan kewangan dari Bahagian Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara.
 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan :

  • Mengeluarkan cek pembayaran dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan teratur untuk dibayar
  • Membayar gaji dan elaun kakitangan tidak lewat daripada 25 haribulan tiap-tiap bulan
  • Menyempurnakan rekod hasil dan memasukkan kutipan hasil ke dalam bank setiap hari
 

Alamat :-

Jabatan Kewangan,

Tingkat 2, Blok A, Wisma Perbadanan Labuan

Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,

87022, WP Labuan

 

Talian Pejabat :-

087-408729